awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diddy berdepan tuduhan pemerdagangan seks, saksi dakwa pernah saksikan perlakuan tidak sopan

Astro Awani
Astro Awani
13/05/2025
01:50 MYT
Diddy berdepan tuduhan pemerdagangan seks, saksi dakwa pernah saksikan perlakuan tidak sopan
Peguam pembelaan bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut, menyifatkannya sebagai cubaan untuk memburukkan hubungan peribadi anak guamnya. - Foto Reuters
HARI pertama perbicaraan melibatkan selebriti dan penyanyi hip-hop terkenal, Sean "Diddy" Combs, menyaksikan beberapa dakwaan serius dikemukakan di Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat.
Seorang saksi yang merupakan penari bogel mendakwa, dia pernah menjalin hubungan intim dengan bekas teman wanita Diddy, Casandra Ventura, dalam keadaan yang disaksikan oleh Diddy pada tahun 2012 dan 2013.
Saksi turut menceritakan satu insiden di sebuah hotel di New York, di mana Diddy didakwa bertindak kasar terhadap Ventura dan mencederakannya secara fizikal.
Rakaman CCTV dari tahun 2016 turut ditayangkan kepada juri, menunjukkan satu lagi insiden serangan fizikal melibatkan pasangan tersebut di sebuah hotel di Los Angeles.
Tertuduh, yang kini berusia 55 tahun, berdepan lima pertuduhan jenayah termasuk konspirasi, pemerdagangan seks dan membawa individu bagi tujuan eksploitasi. Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara sekurang-kurangnya 15 tahun hingga seumur hidup.
Dalam hujah pembukaan, pihak pendakwa mendakwa Diddy memperdaya wanita untuk menyertai pesta-pesta tidak bermoral dan menggunakan rakaman video untuk memeras ugut mangsa.
Peguam pembelaan bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut, menyifatkannya sebagai cubaan untuk memburukkan hubungan peribadi anak guamnya.
Perbicaraan dijangka berlangsung selama beberapa minggu.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Mahkamah Persekutuan
#Sean Diddy Combs
#pemerdagangan seks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan