awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
Tiga lagi anggota pengaman UNIFIL cedera letupan di Lubnan, Indonesia gesa mesyuarat segera
Petinju Kenya maut selepas perlawanan tidak dihentikan awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ditakdir berpisah, tapi masih berkawan baik' - Anwar Hadi, Takahara Suiko sah bercerai

Gempak
Gempak
21/07/2022
02:50 MYT
'Ditakdir berpisah, tapi masih berkawan baik' - Anwar Hadi, Takahara Suiko sah bercerai
Anwar Hadi dan Takahara Suiko sah bercerai. -Gempak/Instagram
PEMPENGARUH media sosial, Anwar Hadi mendedahkan perkahwinanya bersama isteri yang juga penyanyi, Takahara Suiko sudah berakhir.
Khabar itu dimaklumkan sendiri oleh Anuar menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya.
Bagaimanapun, menurut Anwar dia dan bekas isterinya masih berkawan baik meskipun sudah tidak tinggal bersama lagi.
“Kami dah bukan lagi suami isteri. Kami masih berkawan baik.
“Terima kasih @takaharasuiko untuk masa, ruang, kesabaran, empati, gelak tawa, air mata, senyum manis, kata-kata galakan, kepercayaan dan memori,” tulisnya pada kapsyen.
Dalam pada itu, Takahara atau nama aslinya Izzaty Khalir turut menyifatkan perakhiran kisah mereka adalah sebuah takdir dan hubungan itu harus dileraikan secara baik demi kebaikan bersama.
"Kami lebih baik sebagai kawan. Keputusan ini dibuat atas persetujuan bersama dan ia berjalan dengan sangat lancar.
"Sewaktu proses ini berlangsung, kami masih lagi bergurau dan bersembang seperti hari-hari biasa.
"Sudah tentu saya menangis. Gila tak menangis. Tapi jalani terapi secara sendiri ini banyak mengajar saya memberi kefahaman terhadap situasi ini.
"Hubungan romantik ini harus berakhir demi kebaikan bersama. Kami mempunyai visi yang berbeza mengenai sesuatu perhubungan itu. Kami ditakdirkan untuk berpisah.
"Saya sedang mengambil masa untuk memproses tentang semua perkara ini sejak beberapa bulan yang lalu.
"Saya sangat menyayanginya dan saya tak boleh pentingkan diri. Jadi saya lepaskan dia pergi," katanya.
Anwar dan Izzaty mendirikan rumah tangga pada Disember 2015 sebelum masing-masing memilih untuk berpisah.
Topic Berkaitan
#pempengaruh media sosial
#sah bercerai
#Anwar Hadi
#Takahara Suiko
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan