awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DJ Dave rakam semula dua lagu, pupuk kesetiaan rakyat

Bernama
Bernama
18/04/2018
21:29 MYT
DJ Dave rakam semula dua lagu, pupuk kesetiaan rakyat
DJ Dave (kanan) pada majlis pelancaran Album Khas Nada Seni Ritma Negara yang turut menyaksikan Khairil Annas (tiga, kiri) menyampaikan sumbangan kepada Seniwati Siti Aminah Ismail atau Mimi Loma (dua, kiri). --fotoBERNAMA
Selepas hampir empat dekad, penyanyi terkenal Datuk DJ Dave merakam semula dua lagunya 'Kawan Setia' dan 'Negaraku Tercinta' bagi menerapkan semangat kesetiaan dalam kalangan rakyat.
Penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Khairil Annas Jusoh berkata dua lagu itu, yang diberi sentuhan baharu oleh komposer terkemuak S.Atan, dimuatkan dalam album khas Nada Ritma Negara - Kawan Setia.
Beliau berkata album berkenaan, yang akan diedarkan secara percuma, diterbitkan Pejabat Penasihat Perdana Menteri bersama-sama Yayasan Perdana Ummah dan Yayasan Mustika Kasih.
"Album ini diilhamkan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memetik bait-bait lirik lagu 'Kawan Setia' yang amat bermakna pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 tahun lepas.
"Sehubungan itu, pihak Pejabat Penasihat Perdana Menteri bersama-sama Yayasan Perdana Ummah dan Yayasan Mustika Kasih menjalinkan kerjasama untuk mengembangkan hasrat Perdana Menteri bagi menyemai nilai-nilai kesetiaan dalam kalangan masyarakat negara ini," katanya selepas melancarkan album khas itu di sini, pada Rabu.
Pada Perhimpunan Agung UMNO 2017, Najib menjadikan bait-bait lagu bertajuk 'Kawan Setia' sebagai satu perlambangan untuk menggambarkan hubungan akrab beliau dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Khairil Annas berkata album itu turut memuatkan klip video dan boleh ditonton serta didengari di semua platform media termasuk media sosial secara percuma dalam masa terdekat.
Beliau berharap album khas itu dapat memberi impak positif kepada kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Album
#DJ Dave
#Kawan Setia
#Lagu
#Najib Razak
#Perhimpunan Agung UMNO
#UMNO
#video
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan