awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Duit banyak pun tak selamat' - Mike Tyson ramal ajalnya semakin hampir

Gempak
Gempak
24/07/2022
01:30 MYT
'Duit banyak pun tak selamat' - Mike Tyson ramal ajalnya semakin hampir
MIKE TYSON: Adakah wang menjamin kehidupan anda? Ia tidak bermakna kerana jika anda dijangkiti penyakit atau dilanggar kereta misalnya, adakah wang akan menyelamatkan anda? -Instagram miketyson
PETINJU legenda dunia, Mike Tyson baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa dia percaya ajalnya semakin hampir dan mendedahkan tentang bagaimana duit dan kekayaan tidak dapat menolong dirinya.
Pendedahan itu dibuat melalui podcast miliknya, Hotboxin' with Mike Tyson.
“Kita semua akan mati satu hari nanti, sudah tentu,” Tyson dipetik berkata demikian, lapor Dailymailuk.
Tyson, 56, kemudian berkata lagi apabila melihat dirinya di cermin, beliau sudah boleh nampak banyak kedutan.
“Dan saya katakan bahawa ajal saya akan tiba tidak lama lagi. Ia sangat hampir,” katanya.
Dalam laporan sama, Tyson turut bercakap mengenai kemasyhuran yang diperoleh sepanjang menjadi petinju termasuk memiliki banyak wang.
Namun beliau mengaku, wang ringgit tidak memberi nilai dan makna buatnya.
“Saya selalu beritahu orang, ramai yang fikir mereka akan bahagia apabila memiliki banyak wang, tetapi apabila anda telah memilikinya, jangan berharap semua orang akan sayangkan anda.
“Dan jika anda percaya anda kebal kerana memiliki wang, percayalah, tanggapan itu salah.
“Adakah wang menjamin kehidupan anda? Ia tidak bermakna kerana jika anda dijangkiti penyakit atau dilanggar kereta misalnya, adakah wang akan menyelamatkan anda?
"Termasuk jika anda mengambil keputusan terjun jambatan!” luah Tyson sewaktu berbincang dengan isteri ketiganya, Lakiha Spicer.
Tyson atau dikenali sebagai Iron Mike menceburkan diri dalam sukan tinju pada tahun 1985 dan menewaskan lawannya, Hector Mercedes pada usia semuda 18 tahun.
Sejak itu kariernya ‘meletup’ sebelum dipenjara tiga tahun pada 1991 atas kesalahan merogol seorang remaja.
Pada tahun 2003, Tyson diumumkan muflis. -Gempak
Topic Berkaitan
#Mike Tyson
#Ramal Bakal Mati
#Hotboxin' with Mike Tyson
#Iron Mike
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan