awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ed Sheeran tampil dalam jersi Team Malaysia

Nailah Huda
Nailah Huda
14/04/2019
09:02 MYT
Ed Sheeran tampil dalam jersi Team Malaysia
Ed tampil semula di pentas dengan memakai jersi Team Malaysia. - Astro AWANI/Malik Ridhwan
Sekitar 41,000 penonton terpesona dengan Ed Sheeran, penyanyi yang popular dengan lagu 'Shape of You'.
Di konsertnya di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, yang sebahagian daripada jelajah 'Divide Tour 2019', Ed memulakan persembahan dengan dendangan lagu 'Castle on the Hill'.
Namun, pada akhir konsertnya, penonton bersorak dengan penuh keterujaan apabila Ed tampil semula di pentas dengan memakai jersi Team Malaysia!
Sebagai lagu terakhir susulan sorak pinta "We want more!" dari penonton, Ed kemudian mendendangkan lagu hit 'Shape of You' diikuti oleh 'You Need Me, I Don’t Need You'.
Antara yang teruja melihat penyanyi itu berbaju jersi pasukan negara ialah ratu terjun negara, Pandelela Rinong, yang memuat naik posting di Twitter:
When Ed Sheeran wearing Malaysian tiger T-shirt to sing Shape of You. Go Teddy! #EdSheeraninKL #SHAPEOFYOU #NationalStadium pic.twitter.com/bOnzhm6ebz
— Pandelela Rinong (@Pandelela_R) April 13, 2019
Bagaimanapun, segelintir penonton meluahkan rasa kecewa kerana mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam stadium pada 4 petang seperti yang ditetapkan.
Ed Sheeran's concert goers are angry because they have to wait and queue in the rain. They blame it on the management.
— jipp (@gbeejipp) April 13, 2019
This is what Ed Sheeran does to Malaysia They stayed overnight to get the frontseats when your legs dont work like they used to before #EdSheeraninKL #EdSheeranDivideWorldTour2019 #EdSheeraninMY #edsheeran #EdSheeranXBTS #viral #viralvideo #malaysiaviral pic.twitter.com/RmwFAAQknO
— Eric Lau Löfstedt (@LofstedtDude) April 13, 2019
Namun, Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes menjelaskan bahawa ianya bagi menjamin keselamatan pengunjung konsert itu, memandangkan cuaca hujan dan petir yang lebat pada waktu itu.
Dalam satu muat naik ke Twitter, beliau berkata bahawa pengunjung tidak dibenarkan masuk awal kerana cuaca petir yang membahayakan namun berjanji pihak penganjur akan berusaha untuk bertambah baik.
Yesterday concert was history 41000 paid to see edd sheran bigger than Hong Kong or Bangkok. We could have some more. Unfortunately organisation could have been better but was our first and safety first. Could not let people in early due to lightening pic.twitter.com/OTH0dJvTe3
— Tony Fernandes (@tonyfernandes) April 14, 2019
Persembahan itu merupakan persembahan ketujuh dalam jelajah Ed Sheeran di Asia, diikuti dengan penampilan di Singapura pada 26 April, Bangkok pada 28 April dan Jakarta pada 3 Mei.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Bukit Jalil
#Divide Tour 2019
#Ed Sheeran
#harimau Malaya
#Harimau Malaysia
#hiburan
#konsert
#Pandelela Rinong
#Shape of You
#team malaysia
#Tony Fernandes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan