awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elfira Loy umum hamil anak kedua

Gempak
Gempak
20/10/2021
02:00 MYT
Elfira Loy umum hamil anak kedua
Elfira Loy bersama suami dan anak sulung. -Instagram
PELAKON Elfira Loy mendedahkan dia kini sedang hamil anak kedua.
Menerusi laman sosial Instagram, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 27, membuat pengumuman tersebut untuk tatapan umum.
“To my family and beloved friends, can you read the good news? Hehe,” tulisnya di ruangan komen.
Menerusi perkongsian itu lagi, Elfira memegang sebuah belon yang tertera ayat ‘baby no 2 is coming’.
View this post on Instagram
A post shared by @elfiraloy
Namun pelakon drama "Kum Kum The Series" itu tidak memaklumkan usia kandungannya.
Sementara itu di ruangan komen, berita kehamilan Elfira mendapat reaksi positif daripada rakan selebriti dan wargamaya yang rata-ratanya menitipkan ucapan dan doa agar semuanya dipermudahkan.
“Alhamdulillah, may everything go smoothly. Congratulations Elfira,” komen pelakon Hannah Delisha.
“Alhamdulillah, congrats El!” tulis pelakon Sari Yanti.
“Masyallah, alhamdulillah. Tahniah El dan keluarga,” kata penyanyi Ernie Zakri.
“Hahaha dah agak dah. Masa kat Langkawi haritu nampak baby bump hehe, tahniah,” ujar seorang warga maya.
“Omg congrats El. Semoga dipermudahkan dan dalam lindungan Allah selalu,” doa seorang warga maya.
“Dah agak sebab saiz baju makin besar dari biasa termasuk muka,” usik seorang warga maya lagi.
Sehingga kini, perkongsian Elfira itu telah mendapat hampir 67,000 tanda suka daripada warga Instagram.
Imbas kembali, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.
*Artikel asal di Gempak
Topic Berkaitan
#Elfira Loy
#anak kedua
#Faris Khairul Anuar
#Muhamad Rayyan Khalaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan