awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Hapus Aku' persembahan terbaik Zamani sepanjang GV5 - Ramli MS

Gempak
Gempak
06/11/2018
22:21 MYT
'Hapus Aku' persembahan terbaik Zamani sepanjang GV5 - Ramli MS
Ramli (kanan) berharap sokongan orang ramai memberikan Zamani kekuatan untuk memberikan terbaik.
"INI persembahan terbaik Zamani sepanjang Gegar Vaganza musim kelima (GV5) berlangsung," kata juri tetap, Datuk Ramli MS mengenai persembahan penyanyi terbabit mendendangkan lagu Hapus Aku di konsert suku akhir GV5 Ahad lalu.
Selepas insiden kehilangan suara dan gagal menyampaikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta pada minggu sebelumnya, Zamani bangkit dan berada di kedudukan ketiga pada konsert suku akhir.
"Dalam penjurian saya sendiri, persembahan minggu suku akhir Zamani merupakan yang terbaik semenjak minggu pertama. Dia sangat 'steady' dan kurang buat silap.
"Selama ini, dia sangat 'shaky'. Tapi dalam penjurian 'personal' saya , dia tidak berada di kedudukan Top 3 dan dia juga tidak berada di kedudukan bawah. Mungkin selepas markah tiga juri lain dicampurkan, dia berada di kedudukan ketiga.
"Harap-harap dia menggandakan lagi usaha di minggu separuh akhir. Mungkin sokongan orang ramai memberikan Zamani kekuatan untuk memberikan terbaik. Dia kena lakukan sehabis baik, kalau tidak, dia akan malu sendiri," kata Ramli.
Konsert suku akhir GV5 menamatkan perjuangan Farawahida dengan kutipan markah 61.5%.
Farawahida telah menyampaikan lagu berjudul Ayat-Ayat Cinta nyanyian asal Datuk Seri Rossa.
BACA: Lagu tugasan Zamani pada Konsert GV5 minggu Ini adalah...
BACA: Tok Ram kata Farawahida nyanyi sumbang, ini penjelasan tuan punya badan
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.
Topic Berkaitan
#Gegar Vaganza
#GV5
#hilang suara
#persembahan
#Ramli MS
#sokongan
#terbaik
#Top 3
#Zamani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan