awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri selamat bersalin, Tam Spider timang anak perempuan

Gempak
Gempak
27/04/2018
06:22 MYT
Isteri selamat bersalin, Tam Spider timang anak perempuan
Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafa, 45 tahun sebelum ini mengimpikan untuk mempunyai seorang anak perempuan. - Foto Sinar Harian
PENYANYI dan komposer Tam Spider telah dikurniakan seorang anak perempuan semalam.
Menurut isterinya, Aida Mustafa, 36 tahun dia dan bayi dalam keadaan sihat walafiat.
"Saya masuk hospital lebih kurang jam 10 pagi, kemudian jam 12 lebih masuk bilik pembedahan dan lebih kurang jam 1, selamat bersalin.
"Oleh kerana dua anak terdahulu lahir dengan menggunakan kaedah pembedahan, untuk anak ketiga ini pun kena bedah juga. Tak apalah yang penting anak selamat dan segalanya berjalan lancar.
"Alhamdulilah abang Tam, dah ada tiga anak lelaki Alif, 24 tahun, Afiq, 8, tahun Aqil, 5 tahun dan kali ini dapat pula anak perempuan, syukur," katanya.
Ditanya bilakah dia akan berkongsi wajah anak dan nama, Aida memberitahu dia serahkan kepada suaminya yang kini sedang sibuk dengan persiapan Mentor Otai final pada Ahad ini.
"Ikut abang Tam je. Tunggu abang Tam selesai Mentor kut," jelasnya ringkas.
Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafa, 45 tahun sebelum ini mengimpikan untuk mempunyai seorang anak perempuan. Dan impian itu telah pun dimakbulkan. Tahniah untuk Tam dan Aida!
Topic Berkaitan
#Aida Mustafa
#anak
#bayi
#lelaki
#Tam Spider
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan