awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan tanya saya lagi - Sufian Suhaimi

Gempak
Gempak
13/03/2018
13:19 MYT
Jangan tanya saya lagi - Sufian Suhaimi
Sufian memohon agar kisah putus tunang dengan aktres Elfira Loy tidak lagi dipanjangkan.
PENYANYI Sufian Suhaimi memohon agar kisah putus tunang dengan aktres Elfira Loy tidak lagi dipanjangkan.
“Kalau boleh, saya tidak mahu memanjangkan kisah putus tunang. Apa yang selesai, biarlah selesai dan berlalu. Mohon semua pihak jangan tanya saya lagi.
“Sebelum ini, saya cuma jawab dengan jujur. Bukan saya mahu bercerita tetap apabila orang dah bertanya, saya menjawab dengan baik dan menghormati pertanyaan orang.
“Saya berharap agar selepas ini semuanya selesai, jelas dan orang tidak lagi bertanyakan mengenai apa yang telah berlalu,” kata Sufian ketika ditemui di sesi perkongsian media bersama stesen radio Era sebentar tadi.
Sufian turut menafikan dia menggunakan kisah putus tunangnya untuk meraih simpati bagi mempromosikan single terbarunya, "Di Matamu."
“Sebenarnya, lagu tersebut telah mula dicipta semenjak tahun lalu. Secara tidak langsung, lagu itu kena dengan situasi yang dihadapi saya sekarang.
“Lagu itu bukan untuk meraih publisiti daripada cerita putus tunang yang saya hadapi. Semuanya berlaku secara tidak sengaja,” katanya lagi.
Biarpun belum lagi dilancarkan secara rasmi, single "Di Matamu" menerima sambutan hangat ramai pihak apabila versi ‘raw’ lagu tersebut yang dinyanyikan oleh Sufian mendapat lebih 6.5 juta tontonan di laman YouTube.
Teks oleh: Kamaruddin Razal Foto: Instagram Sufian
Topic Berkaitan
#Di Matamu
#Elfira Loy
#putus tunang
#Sufian Suhaimi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan