awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Mael XPDC selamat dikebumikan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
28/04/2023
03:34 MYT
Jenazah Mael XPDC selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Mael (gambar kecil) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, Muar, Johor, sekitar pukul 10.55 pagi. - Gambar Astro AWANI
MUAR: Jenazah vokalis kumpulan XPDC, Mael atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, di sini, sekitar pukul 10.55 pagi.
Kira-kira 200 orang termasuk ahli keluarga, rakan artis, peminat serta penduduk setempat memenuhi pekarangan tanah perkuburan bagi menyaksikan upacara pengebumian dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Allahyarham Mael menghembuskan nafas terakhir pada usia 55 tahun di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini kira-kira jam 9.30 malam tadi.
Jenazah kemudian dibawa ke kediaman anaknya di Jalan Sungai Abong, di sini dan disembahyangkan terlebih dahulu sebelum di bawa ke tanah perkuburan.
Antara rakan artis yang hadir termasuk ahli-ahli kumpulan XPDC serta Joe Wings.
Sementara itu anak saudara Allahyarham, Norashikin Abdullah, 44 berkata, mereka sekeluarga mengakui terkejut dengan berita pemergiannya bapa saudaranya itu.
Katanya, karakter Allahyarham yang sangat tenang pastinya memberi kesan mendalam kepada seluruh anggota keluarga san sahabat handai.
“Peribadi arwah ini memang luar biasa kerana dia memang menekankan pendidikan agama anak-anaknya sejak kecil lagi.
“Raya kali ini juga dia bersungguh-sungguh meminta maaf pada ahli-ahli keluarganya seolah-olah memberi petanda dia akan pergi selamanya,” katanya ketika ditemui di pekarangan tanah perkuburan.
XPDC merupakan kumpulan rock popular ketika era 1980 hingga 1990-an dan sering mengadakan konsert di tapak pesta di seluruh negara sehingga diberi jolokan sebagai 'Raja Funfair.'
Topic Berkaitan
#Mael XPDC
#Mael XPDC meninggal dunia
#Syed Ismail Syed Ibrahim
#Tanah Perkuburan Islam Bakri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan