awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Josh Hartnett sifatkan populariti punca lupa diri

Astro Awani
Astro Awani
23/03/2013
05:24 MYT
Josh Hartnett sifatkan populariti punca lupa diri
Pelakon Josh Hartnett menyifatkan kemahsyuran yang dikecapi seseorang selebriti mampu membuatkan mereka lupa diri.
Melibatkan diri dengan kerja amal antara salah satu cara Hartnett mendekatkan dirinya dengan dunia realiti.
Memegang watak utama dalam filem box-office seperti "Black Hawk Down", "Pearl Harbour" dan "30 Days Of Night", Hartnett sering melibatkan diri dalam kerja kebajikan.
Malah dia juga aktif menyokong tujuh buah yayasan amal bagi membasmi kemiskinan serta merawat kanser dan AIDS, seperti "American Foundation For AIDS Research", "Food Bank For New York City" dan "US-AID".
“Ia adalah salah satu cara untuk saya mendekatkan diri dengan keadaan sebenar kerana dalam bidang ini (hiburan). Ia menjadikan diri anda tidak terbatas dan lupa diri. Kebetulan saya ada kenal beberapa orang dalam organisasi tersebut dan saya ingin menolong apa yang saya mampu.”
Berkongsi mengenai perkembangan kerjayanya, aktor berusia 34 tahun ini masih menjadikan lakonan sebagai pilihan utama.
Hartnett pernah menulis dan menerbitkan beberapa karya termasuk "August" pada 2008 sebuah filem mengenai kejatuhan saham, sebulan sebelum serangan 11 September 2001.
“Saya telah menjadi penerbit dan juga menulis beberapa buah skrip. Mengarah, menulis dan menerbit merupakan sebahagian daripadanya bidang ini tetapi lakonan adalah pekerjaan utama yang saya minati.”
Tambahnya lagi, “Ada beberapa buah filem yang saya bintangi akan ditayangkan tidak lama lagi antaranya "Singularity" dan "Parts Per Billion". Saya rasa ia filem-filem yang bagus. Saya juga tertanya-tanya seperti anda kerana saya sendiri belum menyaksikannya.”
Hartnett berada di Malaysia untuk beberapa hari sempena acara Formula One di Litar Antarabangsa Sepang hujung minggu ini.
“Kuala lumpur sangat hebat, dapat melihat pemandangan dari dalam kereta ketika ke hotel kerana kami baru saja mendarat. Banyak lagi yang ingin saya lawati. (adakah anda akan meluangkan hujung minggu di sini?) Saya akan berada di sini untuk beberapa hari sehingga hari perlumbaan.
Hartnett ditemui sewaktu Gala Amal "Sapura Kencana Malaysia Grand Prix 2013".
Topic Berkaitan
#F1
#gala amal sapura kencana malaysia
#Josh Hartnett
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan