awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN tidak lulus tayangan filem 'Padmaavat' di Malaysia

Bernama
Bernama
02/02/2018
09:25 MYT
KDN tidak lulus tayangan filem 'Padmaavat' di Malaysia
KDN: JKRF membuat keputusan untuk mengekalkan keputusan LPF iaitu tidak membenarkan tayangan filem 'Padmaavat' di Malaysia (Tidak Lulus Untuk Tayangan - TUT). - Gambar fail
Filem 'Padmaavat' tidak dibenarkan ditayangkan di Malaysia kerana mempunyai elemen menyentuh sensitiviti agama Islam, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).
KDN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Lembaga Penapis Filem (LPF) telah membuat keputusan tidak meluluskan tayangan filem 'Padmaavat' atas alasan jalan cerita filem tersebut memberikan gambaran buruk terhadap agama Islam.
Keputusan LPF itu turut dikekalkan oleh Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF) yang bersidang pada 30 Januari lepas berikutan rayuan yang dikemukakan syarikat pengedar filem itu untuk mempertimbangkan keputusan tapisan filem tersebut, katanya.
"JKRF membuat keputusan untuk mengekalkan keputusan LPF iaitu tidak membenarkan tayangan filem Padmaavat di Malaysia (Tidak Lulus Untuk Tayangan - TUT)," kata KDN.
Topic Berkaitan
#hiburan
#hindustan
#Jawatankuasa Rayuan Filem
#JKRF
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
#Lembaga Penapis Filem
#LPF
#Padmaavat
#rayuan
#Tidak Lulus Untuk Tayangan
#TUT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan