awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khloe Kardashian selamat timang puteri sulung

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
13/04/2018
12:23 MYT
Khloe Kardashian selamat timang puteri sulung
Khloe Kardashian selamat melahirkan bayi perempuan pada Khamis. - Instagram/@khloekardashian
TIDAK sampai setahun, keluarga Kardashian terima satu lagi ahli baru.
Ini susulan berita anak ketiga keluarga itu, Khloe Kardashian yang telah selamat melahirkan bayi perempuan pada Khamis.
Walaupun tiada pengumuman khas yang dibuat oleh Khloe, tetapi berita gembira itu disahkan oleh ibunya, Kris Jenner melalui status terbaharunya di media sosial, Twitter.
BACA: Khloe Kardashian hamil: "Impian terbesar saya tercapai"
BLESSED!!! #Repost @wmag br>When three of your sisters give birth in under a year. Congratulations to @KhloeKardashian on welcoming another girl to the KarJenner clan. - pic.twitter.com/6kdMEYG4V1
— Kris Jenner (@KrisJenner) April 12, 2018
Berita itu juga disahkan oleh Penerbit Eksekutif rancangan realiti keluarga itu, Keeping Up With The Kardahsians yang juga kenalan rapat keluarga ini, Ryan Seacrest, menerusi Twitternya.
Congrats @khloekardashian on the baby girl - can wait to meet her! Sending my love to you and the fam :)
— Ryan Seacrest (@RyanSeacrest) April 12, 2018
Menurut laporan media, teman lelakinya, Tristan Thompson yang kini sedang dibelenggu skandal curang tetap berada di sisi Khloe sewaktu melahirkan anak sulung mereka.
Khloe dikatakan terlalu tertekan dengan berita skandal tersebut sehingga menyebabkan dia mengalamai kontraksi sebelum melahirkan puteri sulungnya.
Terdahulu, adik tiri Khloe, Kylie Jenner telah selamat melahirkan bayi perempuan pada awal Februari lalu.
Anak pertama hasil perkongsian hidup dengan penyanyi rap Travis Scott itu diberi nama Stormi.
BACA: Rahsiakan kelahiran bayi perempuan, Kylie Jenner mohon maaf kepada peminat
BACA: Baru 7 minggu, anak Kylie Jenner, Stormi sudah pandai berselfie gaya 'mungil'
Topic Berkaitan
#Anak perempuan
#Kardashian
#Khloe Kardashian
#Kris Jenner
#Kylie Jenner
#Ryan Seacrest
#Stormi
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan