awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert 'Ed Sheeran Divide Tour Live' di Kuala Lumpur, November ini

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
06/05/2017
06:06 MYT
Konsert 'Ed Sheeran Divide Tour Live' di Kuala Lumpur, November ini
Penyanyi dan penulis lagu British, Ed Sheeran akan kembali untuk menghiburkan peminat Malaysia, November ini.
PENYANYI dan penulis lagu British, Ed Sheeran akan kembali menghiburkan peminat di Malaysia, November ini.
Konsert jelajah ‘Ed Sheeran Divide Tour Live in Kuala Lumpur 2017’ akan diadakan 14 November ini di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada jam 8.30 malam.
Persembahan jelajah ini dianjurkan untuk mempromosi album terbaharunya, Divide yang dilancarkan pada 3 Mac lalu.
Single terbaharunya, Shape of You dan Castle on the Hill berjaya memukau peminat, dengan merangkul dua kedudukan teratas di seluruh carta muzik di dunia untuk beberapa minggu.
Tiket akan dijual pada harga RM198,RM298,RM358 dan RM458 (tidak termasuk GST) dan akan dijual mulai 15 Mei pada pukul 10 pagi di laman sesawang, www.prworldwidelive.com.
Ed Sheeran mengadakan konsert pertamanya di Malaysia pada tahun 2015.
Topic Berkaitan
#Bukit Jalil
#konsert
#Kuala Lumpur
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan