awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Konsert Permata Seni' bakal gegarkan Istana Budaya

Bernama
Bernama
27/04/2018
12:43 MYT
'Konsert Permata Seni' bakal gegarkan Istana Budaya
Konsert selama satu jam 45 minit itu akan membawa kelainan apabila mereka akan berkongsi pentas bersama beberapa selebriti tempatan. - Bernama
Permata Seni julung kalinya berkolaborasi dengan tenaga profesional menerusi 'Konsert Permata Seni' bakal mengegarkan Istana Budaya selama dua hari mulai Sabtu ini
Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Tan Sri Norliza Rofli berkata Konsert Permata Seni akan menggabungkan anak-anak Permata Seni dengan penampilan khas tenaga profesional seperti Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK), Koir Kebangsaan Malaysia dan alumni Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
"Ketika konsert nanti kita akan melihat kehebatan anak-anak Permata Seni beraksi apabila digabungkan dengan tenaga profesional, dari situ kita akan sedar bahawa mereka juga mempunyai bakat dalam bidang masing-masing.
"Seramai 310 peserta yang terlibat untuk menjayakan konsert ini termasuklah 190 peserta terdiri daripada anak-anak Permata Seni dalam bidang tarian, muzik dan koir, " katanya kepada Bernama hari ini.
Konsert selama satu jam 45 minit itu akan membawa kelainan apabila mereka akan berkongsi pentas bersama beberapa selebriti tempatan melalui tarian dan nyanyian orkestra.
"Permata Seni Muzik akan beraksi bersama OSK dan Man Kidal manakala Sherry Alhadad turut diundang untuk membuat persembahan tarian menerusi lagu Siapa Dia bersama Permata Seni Tarian," katanya.
Norliza turut menyatakan Permata Seni yang pernah membuat persembahan di 11 buah negara seperti Dubai, Kazakhstan dan China dianggotai oleh anak-anak berumur seawal enam tahun.
"Konsert Permata Seni turut menampilkan artis jemputan seperti Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Hussaini," katanya yang menambah konsert itu adalah percuma dan pas masuk telahpun habis diedarkan .
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aswara
#hiburan
#Istana Budaya
#JKKN
#koir
#konsert
#muzik
#OSK
#Permata Seni
#persembahan
#Seni
#tarian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan