awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

K-pop: TWICE bakal lancar single bahasa Inggeris penuh pertamanya

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
08/08/2021
10:42 MYT
K-pop: TWICE bakal lancar single bahasa Inggeris penuh pertamanya
TWICE terdiri daripada sembilan anggota iaitu Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu serta dibentuk menerusi program realiti survival, Sixteen pada 2015.
BAGI peminat K-pop, terutamanya kumpulan sensasi Twice, pastinya teruja menanti single terbaharu kumpulan ini.
Memetik laporan Allkpop, kumpulan ini kembali menghangatkan industri muzik K-Pop setelah kejayaannya melancarkan lagu More & More dan I Can't Stop Me dalam versi Inggeris.
Terbaharu, kumpulan yang dianggotai sembilan wanita berbakat ini bakal menghadiahkan peminatnya dengan lagu berjudul, The Feels.
Istimewanya, lagu ini ditulis sepenuhnya dalam bahasa Inggeris, sekali gus menjadi lagu asal berbahasa Inggeris pertama buat kumpulan ini.
Bagaimanapun, tarikh dan masa pelancaran single The Feels ini belum diumumkan oleh penaung Twice.
TWICE 1st Full English Single <The Feels> Where are we going tonight?#TWICE # #TheFeels#GetTheFeelsWithTWICE pic.twitter.com/a5PIcNzL7i
— TWICE (@JYPETWICE) August 6, 2021
Twice terdiri daripada sembilan anggota iaitu Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu serta dibentuk menerusi program realiti survival, Sixteen pada 2015 di bawah syarikat pengurusan JYP Entertainment.
Single pertama mereka, Cheer Up, menerima sambutan hangat dan lagu tersebut berjaya mengungguli carta-carta utama Korea seperti Naver, Melon, Mnet dan Soribada sekali gus merangkul gelaran 'Song Of The Year' pada Anugerah Muzik Mnet Asia dan Anugerah Muzik Melon 2016.
Selepas Cheer Up, kumpulan ini terus memukau peminat mereka yang juga dikenali dengan nama fandom ‘Once’ dengan beberapa lagi lagu hit seperti Knock Knock, TT, Signal, What Is Love dan yang terbaharu, The Feels.
Topic Berkaitan
#Kpop
#TWICE
#JYP Entertainment
#single baharu
#The Feels
#selebriti
#Korea
#hiburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan