awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lepas PH menang, mana pergi Usop Wilcha?

Sinar Harian
Sinar Harian
11/09/2018
04:48 MYT
Lepas PH menang, mana pergi Usop Wilcha?
Menurut Usop, beliau tidak menyertai mana-mana parti politik sebaliknya akan membantu mana yang mampu. - Gambar fail
Sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14), pelakon Syed Mohamad Asri atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha antara selebriti yang secara terbuka memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH).
Malah, aktor yang terkenal menerusi filem Zombi Kampung Pisang itu turut terlibat dalam siri jelajah PH dan memberi ceramah kepada pengundi.
Bagaimanapun, Usop menjelaskan, tugasnya sebagai aktivis rakyat kini sudah selesai dan beliau tidak perlu lagi menunjukkan muka sebagai penyokong PH.
Kenyataan itu dibuat susulan ramai bertanyakan kelibat beliau yang tidak kelihatan dalam perhimpunan melibatkan parti-parti PH.
“Buat masa ni saya selesa sebagai rakyat biasa, sebagai individu dan sebagai ayah,” katanya di Twitter hari ini.
Byk brtanya, xnmpak kelibat saya dlm perhimpunan PH or parti2 spt PPBM baru ni...tugas saya sbg aktivis rakyat sudah selesai as 4 now dan xperlu nk tunjuk muka sbg pyokong PH krn ramai yg tau n nmpak pglibatan saya. Buat masa ni saya selesa sbg Rakyat biasa as individu n as ayah.
— Usop Wilcha a.k.a Um (@real_usopwilcha) September 10, 2018
Menurut Usop, beliau juga tidak menyertai mana-mana parti politik sebaliknya akan membantu mana yang mampu.
“Tak mampu nak berpolitik setiap ketika. Mana yang saya mampu untuk bantu yang membawa kebaikan kepada majoriti.
“Insya-ALLAH akan saya pikul amanah, bukan kerana individu tetapi sebagai ibadah. Baik kepada rakyat, syarikat mahupun negara,” katanya kepada seorang pengguna Twitter.
Usop ketika berucap dalam satu kempen PH di Johor, April lalu menyarankan rakyat agar menukar kerajaan BN yang disifatkannya sudah terlalu lama memerintah.
"Kita tukor aje," katanya yang mengubahsuai dialog popularnya dalam filem Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah iaitu ‘kita bakor aje’.
Sebab tu saya tak sertai mana2 parti politik... xmampu nak berpolitik setiap ketika.. mana yg saya mampu utk bantu yg membawa kebaikan kpd majoriti.. Insyallah akan saya pikul amanah, bukan krn individu tetapi sebagai Ibadah.. baik kpd Rakyat, Syarikat mahupun Negara.
— Usop Wilcha a.k.a Um (@real_usopwilcha) September 10, 2018
Topic Berkaitan
#aktivis rakyat
#ceramah
#Pakatan Harapan
#parti politik
#pelakon
#pengundi
#politik
#PRU14
#Twitter
#Usop Wilcha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan