awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lisa Marie Presley dijadual disemadikan di Graceland pada Ahad

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2023
04:24 MYT
Lisa Marie Presley dijadual disemadikan di Graceland pada Ahad
Lisa Marie Presley akan dikebumi berhampiran tempat persemadian bapa dan anaknya di Graceland. -AP
MEMPHIS: Mendiang Lisa Marie Presley akan dikebumikan di Graceland dalam satu upacara peringatan pada Ahad.
Lisa Marie akan disemadi sebelum upacara peringatan yang akan diadakan pada jam 9 pagi di laman utara Graceland.
Pewaris Presley dalam satu pengumuman awal minggu ini menyebut bahawa kediaman ikonik di Memphis, Tennessee itu akan menjadi tempat persemadian buat pelakon dan juga penggubah lagu itu.
BACA: Lisa Marie Presley dikebumi di Graceland berhampiran tempat persemadian bapa, anak
Anak tunggal kepada legenda rock and roll Elvis Presley dan pelakon Priscilla Presley itu meninggal dunia akibat serangan jantung pada 12 Januari lalu pada usia 54 tahun.
BACA: Lisa Marie Presley alami serangan jantung, dikejarkan ke hospital
BACA: Lisa Marie Presley meninggal dunia
"Priscilla Presley dan keluarga Presley terkejut dan amat berduka cita dengan kematian tragis Lisa Marie yang amat dikasihi.
"Mereka sangat berterima kasih atas sokongan, kasih sayang dan doa semua orang, dan memohon diberikan ruang privasi dalam saat yang amat sukar ini," tulis kenyataan di laman web Graceland.
Mendiang akan dikebumikan di sebelah kubur bapanya dan juga anaknya Benjamin Keough, di Meditation Garden Graceland.
Lisa Marie meninggalkan ibunya Priscilla, anak perempuan sulung Riley Keough, dan kembar berusia 14 tahun Harper dan Finley daripada perkahwinan dengan bekas suami Michael Lockwood.
Apabila bapanya Elvis meninggal dunia pada 16 Ogos 1977, Lisa Marie menjadi pewaris tunggal kepada semua harta pusakanya.
Lisa Marie dan ibunya memilih menjadikan Graceland sebagai tarikan pelancong yang berjaya menarik kunjungan ramai peminat.
Turut dikebumikan di Meditation Garden ialah ahli keluarga Presley yang lain, termasuk datuk nenek Lisa Marie, Gladys dan Vernon Presley, dan nenek moyangnya Minnie Mae Presley.
Topic Berkaitan
#Lisa Marie Presley
#Elvis Presley
#Graceland
#Priscilla Presley
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan