awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nabil rujuk Ustaz Don hal rumah tangga

Sinar Harian
Sinar Harian
18/04/2018
03:55 MYT
Nabil rujuk Ustaz Don hal rumah tangga
Jelas anak kelahiran Negeri Sembilan ini, dia selesa menghubungi pendakwah dan penceramah bebas sebagai rujukan mengenai pelbagai perkara, termasuk hal rumah tangga. - Foto Sinar Harian
SELEBRITI Ahmad Nabil Ahmad mengakui sering merujuk kepada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.
Jelas anak kelahiran Negeri Sembilan ini, dia selesa menghubungi pendakwah dan penceramah bebas sebagai rujukan mengenai pelbagai perkara, termasuk hal rumah tangga.
Ujar Nabil, perkara yang paling dibimbangkan adalah isu keruntuhan rumah tangga membuatkan kehidupan anak-anak musnah.
"Ustaz Don pernah memberitahu saya bahawa 70 ke 80 peratus pesalah juvana adalah mereka yang datang daripada keluarga di mana ibu bapa yang sudah bercerai.
"Jadi secara langsung saya terfikir, takkanlah saya mahu anak saya bermasalah hanya kerana disebabkan saya bermasalah.
"Kasihan mereka kerana saya rasa, anak saya layak untuk dapat persekitaran yang lebih bahagia dan saya tak mahu rosakkannya," katanya.
Nabil dan Nazirah Ayub, 30, berkahwin pada 30 September 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan bernama Naira Mikayla, 6, dan Leyla Medyna, 3 tahun.
Nabil ditemui ketika majlis pelancaran MVTV Asia - Inspirasi YES Malaysia yang diadakan di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Hadir memeriahkan majlis adalah Pengerusi FINAS, Datuk Mohd Khusairi Abd Talib, Ketua Pengarah FINAS, Datuk Fauzi Ayob, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, Pengerusi Dewan Perniagaan Artis, Datuk Shahrul Nizam Yunos, Ketua Pegawai Eksekutif MVTV Asia, Sara Leana Nattaya Azmi dan ikon-ikon YES Malaysia.
Dalam program tersebut, Nabil dipilih menjadi ikon belia hiburan dan akan berkongsi mengenai kerjaya dan kejayaan menerusi platform penyiaran digital baharu iaitu MVTV Asia.
Selain Nabil, selebriti lain yang turut diangkat sebagai ikon ialah Farah Nabilah, Elfira Loy, Ernie Zakri, Zul Huzaimy, Dasha Logan, Jacqueline Ch'ng dan Roshan Nair.
Topic Berkaitan
#Elfira Loy
#Ernie Zakri
#Farah Nabilah
#MVTV Asia
#Nabil Ahmad
#pesalah juvana
#Rumah Tangga
#Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan