awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nora Danish sedih dikecam berfesyen ala rahib dan promosi Illuminati

Gempak
Gempak
15/11/2015
02:29 MYT
Nora Danish sedih dikecam berfesyen ala rahib dan promosi Illuminati
Tambah Nora, dia juga terkilan pengikut Instagramnya menghentam tindakannya memegang burung hantu kononnya mahu mempromosi fahaman Illuminati. - Foto Astro Gempak
PELAKON Nora Danish sedih dan terkilan apabila dikecam para pengikut akaun Instagramnya yang mendakwa dia tampil dengan fesyen ala rahib dan mempromosikan fahaman Illuminati pada majlis pelancaran tudung jenamanya Owl by Nora Danish minggu lalu. Bagaimanapun Nora mengakui telah melakukan kesilapan kerana kurang peka sehingga timbul salah faham dan memohon maaf di atas perkara tersebut. “Saya akui ia adalah kesilapan saya sendiri yang kurang peka, saya yang minta baju dan tudung seperti hoodie tapi bila saya gayakan di pentas, tidak sangka ia kebelakang dan terlihat seperti itu (rahib). "Saya sedih dan terkilan juga kerana tudung itu baru sahaja dilancarkan, tetapi menerima kecaman daripada orang ramai," katanya seperti yang dilaporkan mStar Online. Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34, berkata, perkara tersebut hanya disedari selepas dia menerima kritikan daripada pengikut di Instagram yang menyifatkan pemakaiannya seperti itu tidak sesuai digayakan. "Secara jujurnya saya seorang yang berfikiran positif dan tidak sedar tentang gaya saya itu menyerupai rahib seperti yang diperkatakan di laman sosial. Kata Nora, dia akan lebih berhati-hati dalam mengayakan sesuatu fesyen agar tidak menyentuh sensitiviti masyarakat pada masa hadapan. "Ia silap saya dan Insya-Allah selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam mengayakan sesuatu fesyen terutamanya apabila bertudung," ujarnya. Tambah Nora, dia juga terkilan pengikut Instagramnya menghentam tindakannya memegang burung hantu kononnya mahu mempromosi fahaman Illuminati. "Burung hantu pun mereka persoalkan dan tuduh saya promosi lambang fahaman 'itu'. Walhal ia hanya simbolik sahaja dan tidak pula saya terfikir sampai begitu jauh. Katanya, burung hantu yang dibawa ketika di pentas peragaan itu hanya sebagai simbolik nama jenama itu iaitu Owl by Nora Danish.
Topic Berkaitan
#Astro Gempak
#illuminati
#Nora Danish
#rahib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan