awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
Konflik Asia Barat: Tehran kecam ancaman Trump mengenai penutupan Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pada mulanya tak yakin, tapi Azlan ada usaha' - Elly Mazlein

Gempak
Gempak
19/01/2020
07:33 MYT
'Pada mulanya tak yakin, tapi Azlan ada usaha' - Elly Mazlein
Dengan hanya sekali lafaz, Elly selamat diijabkabulkan dengan dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
PENYANYI dan pelakon Elly Mazlein, 40, akui pada mulanya dia tidak rasa yakin untuk mendirikan rumah tangga dengan suaminya Mohammad Azlan Che Noh.
Namun selepas melihat pelbagai usaha yang dilakukan Azlan, 30, yang lebih mesra dengan panggilan Awan Nano itu, hatinya sudah terpikat.
“Sebenarnya masa mula-mula berkenalan itu saya tak rasa yakin untuk menerimanya kerana perbezaan usia yang ketara.
“Agak susah juga saya nak memahami Azlan tapi lama kelamaaan dia pula yang lebih memahami saya meskipun kerjaya kami berbeza.
“Lama kelamaan kami menjadi serasi,” katanya yang ditemui selepas majlis akad nikah dan resepsi.
Dengan hanya sekali lafaz, Elly selamat diijabkabulkan dengan dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Tambah Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina itu, apa yang membuatkan dia terpikat lagi dengan suaminya yang juga seorang guru itu adalah kerana kesungguhannya.
“Dia sangat jujur dan berusaha lebih untuk dapatkan hati saya serta anak dan bapa saya.
“Bawa balik kampung saya pun, sekejap sahaja dia dapat menawan hati semua orang.
“Apa yang penting saya nampak kualiti dirinya untuk menjadi seorang suami,” katanya lagi.
Terdahulu, Elly mengikat tali pertunangan dengan Azlan yang disapa sebagai Papa Awan Nano pada 17 Disember tahun lalu.
Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.
Topic Berkaitan
#Awan Nano
#Berita Terkini
#Elly Mazlein
#Malaysia
#Mohammad Azlan Che Noh
#pelakon
#penyanyi
#perkahwinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan