awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon dan model didenda RM800 kerana cederakan eksekutif

Bernama
Bernama
20/06/2016
13:58 MYT
Pelakon dan model didenda RM800 kerana cederakan eksekutif
Ahya didakwa mencederakan Mohamad Asrul Affendi Roseli, 31, dengan menumbuk muka mangsa beberapa kali. - Foto sumber Instagram Ahya U Rosli
Model dan pelakon filem Tanda Putera, Ahya Ulumuddin Rosli yang lebih dikenali dengan nama 'Ahya U Rosli' didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan seorang eksekutif. Ahya, 29, didakwa mencederakan Mohamad Asrul Affendi Roseli, 31, dengan menumbuk muka mangsa beberapa kali menyebabkan kecederaan pada kening sebelah kanan, pecah bibir serta bengkak di muka sebelah kanan. Dia yang merupakan anak pelakon Normah Damanhuri, yang juga hadir ke mahkamah, didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tempat letak kereta gelanggang futsal Sentral Mark, Setapak, di sini pada 11.30 malam, 14 Jun lepas. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga setahun dan denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya. Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid juga mengarahkan tertuduh dipenjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda kemudiannya.
Dalam rayuannya, Ahya yang diwakili peguam Ahmad Ridza Mohd Noh merayu hukuman denda yang minimum atas alasan tertuduh tidak dapat mengawal emosi ketika sedang marah. Timbalan Pendakwa Raya, Noorelynna Hanim Abd Halim memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal atas kesalahan itu mengambil kira faktor kekerapan kesalahan tersebut dan keselamatan awam.
Mengikut fakta kes, mangsa yang ketika itu tiba di tempat letak kereta telah didatangi oleh tertuduh yang kemudiannya bertindak menumbuk muka mangsa disyaki menggunakan objek keras.
Topic Berkaitan
#Ahya U Rosli
#anak Normah Damanhuri
#cederakan mangsa
#kes mahkamah
#model
#pelakon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan