awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemenang Anugerah Emmy Louie Anderson meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
21/01/2022
22:52 MYT
Pemenang Anugerah Emmy Louie Anderson meninggal dunia
Pemenang Anugerah Emmy tiga kali itu dilaporkan meninggal dunia di Las Vegas selepas dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan. - Foto REUTERS
LAS VEGAS: Pelakon komedi dan hos rancangan televisyen, Louie Anderson meninggal dunia pada usia 68 tahun akibat kanser.
Pemenang Anugerah Emmy tiga kali itu dilaporkan meninggal dunia di Las Vegas selepas dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan.
Anderson pernah dicalonkan untuk tiga Anugerah Primetime Emmy bagi kategori pembantu pelakon terbaik dalam siri komedi dan telah memenangi satu untuk wataknya, Christine Baskets, pada 2016 dalam siri FX.
Beliau turut memenangi dua Anugerah Daytime Emmy bagi kategori pelakon terbaik dalam program 'Life with Louie' yang disiarkan di Fox pada 1997 dan 1998.
Pelakon yang berasal dari Saint Paul, Minnesota itu mula berkecimpung dalam komedi sejak memenangi Pertandingan Komedi Midwest pada 1981, memetik laporan Deadline.
Beliau turut berlakon bersama pelakon terkenal Eddie Murphy dalam filem 'Coming to America' pada 1998.
Selain itu beliau menjadi hos rancangan televisyen 'Family Feud' dari 1999 sehingga 2002 dan membintangi beberapa filem komedi selama 20 tahun.
Anderson juga telah menulis beberapa buah buku termasuk 'Good-bye Jumbo ... Hello Cruel World' yang ditujukan khas bagi mereka yang menghadapi masalah isu harga diri.
Topic Berkaitan
#Louie Anderson
#meninggal dunia
#kanser
#Anugerah Emmy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan