awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemergian Adnan Abu Hassan, anak didik kongsi kesedihan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
18/03/2016
03:03 MYT
Pemergian Adnan Abu Hassan, anak didik kongsi kesedihan
Nama yang cukup ikonik dalam industri muzik, Adnan sudah menulis ratusan lagu popular dan membimbing ramai penyanyi popular di zaman kegemilangan mereka. -Foto Astro Gempak
AWAL pagi Jumaat 18 Mac 2016, komposer dan penerbit tersohor, Datuk Adnan Abu Hassan, memenuhi janjinya untuk menemui Sang Pencipta.
Antara nama yang cukup ikonik dalam industri muzik, Adnan, 57 tahun, sudah menulis ratusan lagu popular.
Malah, ramai penyanyi popular hari ini pernah dibimbingnya di zaman kegemilangan mereka.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tentunya paling terkesan dengan pemergian Adnan.
Masakan tidak, Adnan antara orang yang bertanggungjawab 'mengesan' bakat Siti, seterusnya mendidik beliau sehingga bergelar legenda muzik.
Semoga Abg Dee di tempatkan bersama orang orang beriman ..Al Fatihah.
A photo posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Mar 17, 2016 at 4:07pm PDT
Kenangan saya bersama Allahyarham yg tak akan saya lupa ,beliau mengajar saya teknik menyanyi & menghayati lagu dgn baik, menjaga saya spt abang sendiri , pernah bawa saya ke tempat show dengan motornya, sentiasa tersenyum & ketawa dan insan yang pemurah..sebentar tadi, kali terakhir saya menatap wajahnya..wajahnya jernih dan bersih serta tenang spt tersenyum..MasyaAllah..Allah SWT memilih beliau pergi di penghulu segala hari ..Semoga Allah merahmatinya..
A photo posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Mar 17, 2016 at 8:13pm PDT
Turut sama berkongsi kesedihan ialah Misha Omar, yang juga salah seorang anak didik Adnan.
"Bunga-Bunga Cinta" ciptaan Allahyarham memberi kenangan manis untuk Misha kerana lagu itulah yang memperkenalkan namanya kepada peminat.
Sesungguhnya Allah lebih menyayangimu,...Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan telah kembali ke rahmatullah,awal pagi tadi. Marilah kita sama-sama sedekahkan al fatihah ,mendoakan agar roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman,....
A photo posted by Misha Omar (@mishaomar) on
Mar 17, 2016 at 6:04pm PDT
Lagu "Di Persimpangan Dilema" pastinya akan menjadi satu memori cukup indah buat penyanyinya, Nora.
Lagu malar segar yang cukup popular satu ketika dahulu itu menjulang Nora sehingga menjadi satu nama yang cukup dikenali di dalam industri muzik.
Innalillahiwainnailaihirajiunn
Seorang lagi artis yang cukup sinonim dengan Allahyarham ialah Aishah.
Pernah mengalunkan banyak lagu hit ciptaan Adnan seperti "Camar Yang Pulang" dan "Kasih Kita", pemergian Adnan tentunya amat dirasai.
Ketar kepala lutut dan terus naik gastrik dlm perut ini bila membaca berita pemergian Adnan.Kami menempuh satu era...
Posted by Wan Aishah Wan Ariffin on
Adnan meninggal dunia jam 2.17 pagi tadi akibat angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang.
Topic Berkaitan
#Adnan Abu Hassan
#Aishah
#angin ahmar
#Datuk Siti Nurhaliza
#komposer
#Misha Omar
#Nora
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan