awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permintaan minyak global dijangka menurun pada 2026 - IEA
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas, rakan masih hilang
Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi New Zealand batal konsert di Israel sempena kempen boikot

Astro Awani
Astro Awani
25/12/2017
11:30 MYT
Penyanyi New Zealand batal konsert di Israel sempena kempen boikot
Lorde telah membatalkan konsert yang dirancang diadakan di Israel pada Jun 2018 susulan kempen oleh aktivis yang menentang penempatan Israel di Palestin. -Foto Reuters
PENYANYI terkenal Lorde telah membatalkan konsert yang dirancang diadakan di Israel pada Jun 2018 susulan kempen oleh aktivis yang menentang penempatan Israel di Palestin.
Keputusan itu dibuat tidak sampai seminggu selepas dia mengumumkan mengenainya.
Menurut penyanyi dan penulis lirik dari New Zealand yang berusia 21 tahun itu, dia menerima "begitu banyak mesej dan surat" yang mendorong dia membuat keputusan membatalkan konsert di negara tersebut.
Menteri Kebudayaan Israel, Miri Regev, dalam pada itu meminta Lorde mempertimbangkan semula keputusan tersebut, manakala penyokong pro-Israel bertindak mengecamnya di media sosial.
Terdahulu, beberapa artis lain juga telah membatalkan persembahan mereka di Israel, antaranya Elvis Costello, Lauryn Hill dan Gorillaz.
Lorde yang hadir dengan album terbaharunya "Melodrama" sebelum ini dilapor pernah berbual dengan pengkritik di media sosial selepas mengumumkan dia bakal mengadakan konsert di Israel.
Noted! Been speaking w many people about this and considering all options. Thank u for educating me i am learning all the time too /p>— Lorde (@lorde) December 21, 2017
Menurut Lorde di akaun Twitter, dia telah mendengar nasihat mengenai situasi politik yang berbangkit dan akan "mempertimbangkan semua pilihan".
Topic Berkaitan
#Israel
#konsert
#Lorde
#New Zealand
#penyanyi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan