awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi rap Killer Mike ditahan ketika Anugerah Grammy

Astro Awani
Astro Awani
05/02/2024
04:45 MYT
Penyanyi rap Killer Mike ditahan ketika Anugerah Grammy
Killer Mike bersama anugerah yang dimenanginya di Anugerah Grammy ke-66 di Los Angeles, AS. - Foto REUTERS
LOS ANGELES: Sejurus selepas menang besar pada malam Anugerah Grammy, penyanyi rap Killer Mike ditahan dan dibawa keluar dari dewan oleh polis dalam keadaan bergari.
Setakat ini tiada kenyataan dikeluarkan pihak polis Los Angeles berkenaan perkara itu.
Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan polis membawa keluar Killer Mike yang bergari dari Arena Crypto.com di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).
Difahamkan Killer Mike ditahan atas kesalahan yang tiada kaitan dengan Anugerah Grammy, lapor The Hollywood Reporter.
Sebelum itu Killer Mike memenangi anugerah untuk lagu rap terbaik dan pertunjukan rap terbaik melalui lagu 'Scientists and Engineers'.
Dia turut memenangi anugerah album rap terbaik untuk 'Michael'.
Killer Mike, atau nama sebenar Michael Render, aktif dalam mengetengahkan isu rasis dan keganasan polis.
Ejen dan pegawai seranta artis Killer Mike belum keluarkan sebarang komen tentang penahanannya itu.
Topic Berkaitan
#Anugerah Grammy
#Killer Mike
#ditahan
#bergari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan