awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjuangan Jedi belum berakhir

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
13/12/2017
20:55 MYT
Perjuangan Jedi belum berakhir
Peminat Star Wars di Wangsa Maju semasa tayangan pembukaan filem The Last Jedi semalam. Foto Opie Harris.
KAMI berjanji tiada pengacau ataupun spoiler dalam penulisan ini.
Lebih baik daripada The Force Awakens dan banyak persoalan yang menjadi tanda tanya daripada episod terdahulu Star Wars kini terjawab.
Itu antara pandangan peminat-peminat Star Wars yang pergi menonton hari pertama tayangan filem Star Wars: Episode VIII - The Last Jedi pada malam Rabu.
Persoalan mengenai siapakah Jedi yang terakhir sudahpun terjawab namun jalan cerita dalam filem tersebut tidak seperti yang dijangka peminat-peminat filem itu sendiri.
Peminat Star Wars yang pergi menonton filem The Last Jedi di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Gambar - Opie Harris.
Peminat Star Wars yang pergi menonton filem The Last Jedi di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Gambar - Opie Harris.
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Hype Capsule, Sham Hardy, The Last Jedi (TLJ) menjawab pelbagai persoalan peminat tegar francais Star Wars tentang babak-babak filem yang terdapat dalam episod sebelum ini, A New Hope, the Return of the Jedi dan juga filem-filem prekuel yang lain.
Sham juga berasa jenaka yang diselitkan dalam babak-babak filem The Last Jedi juga digunakan tepat pada masanya dan memberikan TLJ empat daripada lima bintang.
Bagi editor kandungan Lowyat.net, Syefri Zulkefli, The Last Jedi mempunyai terlampau banyak jalan cerita yang tidak boleh dijangka.
Peminat Star Wars di dalam pawagam semasa tayangan The Last Jedi. Gambar - Facebook/Official Star Wars Malaysia Fan Club oleh Hannti Tan.
Peminat Star Wars di dalam pawagam semasa tayangan The Last Jedi. Gambar - Facebook/Official Star Wars Malaysia Fan Club oleh Hannti Tan.
Tidak seperti The Force Awakens yang dikatakan meniru jalan cerita A New Hope, TLJ bukan sekadar untuk melengkapkan trilogi ini sehingga episod kesembilan, malah adalah titik permulaan bagi trilogi Star Wars yang akan datang.
Bagi Syefri yang menulis komen tersebut dalam akaun Facebook miliknya, ia dibuat berdasarkan babak terakhir dalam filem itu dan memberikan filem TLJ rating sembilan daripada sepuluh markah.
Sementara itu, pembikin model Star Wars, Opie Harris berpendapat, The Last Jedi lebih menarik dan sangat mengejutkan.
Bagi Opie yang berkhidmat untuk Star Wars Modellers Malaysia, pengarah filem itu, Rian Johnson berjaya mengarah TLJ dengan baik, memberikan perincian dan pengisian cerita setiap watak dengan sama adil dan seimbang, ditambah dengan sedikit humor tetapi masih memberikan impak.
Tambah Opie lagi, andaian dan jangkaan peminat sebelum menonton TLJ juga jauh tersasar.
Ini gaya peminat tegar francais Star Wars pergi menonton filem The Last Jedi di Wangsa Maju semalam. Gambar - Opie Harris.
Ini gaya peminat tegar francais Star Wars pergi menonton filem The Last Jedi di Wangsa Maju semalam. Gambar - Opie Harris.
Bagaimanapun seperti peminat-peminat yang lain, Syefri berasa The Last Jedi bukanlah filem terbaik Star Wars yang diterbitkan setakat ini.
Ramai peminat masih berpendapat episod enam, Empire Strikes Back kekal antara filem Star Wars terbaik setakat ini.
The Last Jedi juga filem Star Wars terpanjang diterbitkan Lucasfilm dengan durasi dua jam 32 minit (sumber IMDb) mengatasi Attack of the Clones yang sebelum ini memegang rekod tersebut dengan dua jam 22 minit.
Topic Berkaitan
#A New Hope
#Empire Strikes Back
#Hype Capsule
#Opie Harris
#Rian Johnson
#Sham Hardy
#Star Wars
#Star Wars Modellers
#Syefri Zulkefli
#The Force Awakens
#The Last Jedi
#The Return of the Jedi
#TLJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan