awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rela beratur pukul 5 pagi demi Billie Eilish

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
18/08/2022
10:21 MYT
Rela beratur pukul 5 pagi demi Billie Eilish
Keterujaan peminat Billie Eilish untuk menonton persembahan penyanyi itu di Stadium Nasional Bukit Jalil dapat dilihat melalui perkongsian di laman-laman media sosial. - Gambar TWITTER
KUALA LUMPUR: Bangun tidur seawal 4 pagi demi menyaksikan konsert pemenang Anugerah Grammy 2020, Billie Eilish hari ini.
Itu lambang keterujaan ribuan peminat bintang pop kelahiran Los Angeles, California itu yang bakal mengadakan konsert Happier Than Ever The World Tour 2022 pada 8.30 malam ini.
Di media sosial, peminat tegarnya sanggup menunggu di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, demi memastikan mereka mendapat lokasi strategik untuk menyaksikan konsert itu.
Menerusi perkongsian TikTok @constipatedvegetable, dia mengakui menjadi individu ke-10 dalam barisan dan telah beratur seawall pukul 5 pagi.
Selain membawa selimut, gadis itu turut membawa mi segera, selimut, payung, kipas dan lain-lain.
Dia turut menulis sepucuk surat untuk dikirimkan kepada Eilish semasa konsert malam ini.
Antara lagu yang bakal dipersembahkan penyanyi itu berdasarkan lokasi sebelum ini adalah I Didn’t Change My Number, Therefore I Am, My Strange Addiction,You Should See Me in a Crown, Billie Bossa Nova, Goldwing, Male Fantasy, All the Good Girls Go to Hell, Bad Guy dan Happier Than Ever.
View this post on Instagram
A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)
Mula menempah kemasyhuran sekitar 2015, Eilish mempertaruhkan genre muzik elektro pop indie yang mencetus fenomena luar biasa.
Eilish juga melakar rekod apabila karyanya dilaporkan distrim lebih 73 bilion dalam tempoh empat tahun.
Persembahan Eilish malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah sempena siri jelajah dunia, Happier Than Ever.
Kehadirannya ke Kuala Lumpur dinanti-nanti oleh pencinta-pencintanya dan ramai yang berkongsi keterujaan mereka di laman-laman media sosial.
Selain Kuala Lumpur, Eilish juga akan singgah di beberapa ibu kota di Asia seperti Manila, Filipina; Singapura; Bangkok, Thailand dan Tokyo, Jepun.
Topic Berkaitan
#Billie Eilish
#konsert
#Stadium Nasional Bukit Jalil
#Happier than Ever
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan