awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rempuhan Astroworld: Travis Scott bebas dakwaan jenayah

Astro Awani
Astro Awani
30/06/2023
00:20 MYT
Rempuhan Astroworld: Travis Scott bebas dakwaan jenayah
Penyanyi berkenaan masih menghadapi beberapa saman sivil akibat persembahan di Houstan itu. - Foto REUTERS
PANEL juri di Texas, Amerika Syarikat (AS) enggan mendakwa penyanyi rap Travis Scott susulan rempuhan maut yang berlaku ketika festival musik Astroworld hampir dua tahun lalu.
Pertemuan pada Khamis diadakan sebagai sebahagian siasatan ke atas Scott bersama penganjur konsert berkenaan yang meragut nyawa 10 individu.
Penguam Scott, Kent Schaffer berkata, keputusan itu disambut baik.
Namun, penyanyi berkenaan masih menghadapi beberapa saman sivil akibat persembahan di Houstan itu.
Scott melancarkan Astroworld bersama beberapa pengajur konsert Live Nation pada tahun 2018.
Ribuan pengunjung cedera ketika konsert diadakan pada 5 November 2021 selepas rempuhan berlaku ketika Scott mengadakan persembahan.
Suasani panik tercetus selepas orang ramai membanjiri kawasan di hadapan pentas.
Seramai 10 pengunjung yang berusia antara 9 sehingga 27 tahun terkorban akibat dipijak di dada mereka.
Penyanyi rap berkenaan berkata, dia tidak menyedari rempuhan berkenaan berlaku sehingga dia turun dari pentas.
Namun pengkritik mendakwa, Scott bersama penyanyi Drake masih meneruskan persembahan walaupun terlihat rempuhan itu berlaku.
Ketua Bomba Houston berkata, Scott sepatutnya menghentikan konsert itu lebih awal.
Siasatan oleh pegawai persekutuan bersama polis tertumpu kepada langkah keselamatan yang patut dikenakan semasa penganjuran konsert berkenaan.
Topic Berkaitan
#Astroworld
#rempuhan
#Travis Scott
#dakwaan jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan