awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito bergabung dalam konsert 'Malam 3 Suara'

Astro Awani
Astro Awani
10/09/2025
06:15 MYT
Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito bergabung dalam konsert 'Malam 3 Suara'
Tiga penyanyi popular Indonesia, Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito bakal berkongsi pentas sama dalam sebuah konsert eksklusif berjudul Malam 3 Suara 14 Disember depan. - Foto Strategy X Entertainment
KUALA LUMPUR: Tiga penyanyi popular Indonesia, Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito bakal berkongsi pentas sama dalam sebuah konsert eksklusif berjudul Malam 3 Suara pada 14 Disember depan.

Ringkasan AI
  • Konsert -Malam 3 Suara- menampilkan Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito pada 14 Disember di Idea Live Arena, Kuala Lumpur.
  • Lebih 20 lagu hit akan dipersembahkan dalam format solo, duet dan kolaborasi khas selama lebih dua jam.
  • Tiket mula dijual 12 September 2025 di ticket2u.com.my/malam3suara.

Bertempat di Idea Live Arena, Kuala Lumpur, konsert yang dibawakan oleh Strategy X Entertainment itu menjanjikan persembahan penuh emosi lebih dua jam, menyatukan suara keunikan vokal dan karakter tiga penyanyi ini.
“Konsert ini bukan sekadar hiburan, tetapi sebuah perjalanan emosi melalui muzik. Setiap artis membawa jiwa berbeza, kelembutan vokal Anggi, balada penuh jiwa Fabio dan pesona persembahan Rizky.
"Bila digabungkan, ia melahirkan harmoni yang indah dan melengkapi antara satu sama lain,” kata wakil penganjur.
Penonton bakal dihiburkan dengan lebih 20 lagu hit, termasuk segmen solo, duet dan kolaborasi khas pada malam tersebut.
Penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian, menyatakan keterujaannya untuk kembali ke Kuala Lumpur dan bertemu peminat di Malaysia.
“Saya amat teruja untuk kembali ke Kuala Lumpur dan bertemu peminat di Malaysia. Ia peluang berharga untuk berkongsi muzik saya secara lebih dekat,” kata Rizky.
Rizky Febian, dikenali dengan lagu-lagu hit seperti Hingga Tua Bersama, Kata, Penantian Berharga, Cuek dan Mantra Cinta, merupakan antara penyanyi lelaki paling banyak distrim di Asia dengan lebih tujuh juta pendengar bulanan di Spotify.
Sementara itu, Fabio Asher mula mencuri perhatian dengan lagu Bertahan Terluka dan Rumah Singgah, manakala Anggi Marito pula menampilkan aura segar dengan vokal bertenaga menerusi lagu Tak Segampang Itu dan Cara Mencintaimu.
Tiket mula dijual pada 12 September 2025 di www.ticket2u.com.my/malam3suara
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Rizky Febian
#Fabio Basher
#Anggi Marito
#Malam 3 Suara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan