awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Atlet biathlon Norway raih gangsa, akui curang secara langsung di TV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebutan kes permohonan cerai Fazura tangguh 7 Oktober

Faida Rahim
Faida Rahim
25/09/2024
03:00 MYT
Sebutan kes permohonan cerai Fazura tangguh 7 Oktober
Pasangan pelakon terkenal ini hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pagi ini bagi sebutan kes permohonan perceraian yang difailkan Fazura, dua minggu lalu. - Astro AWANI/Shahir Omar
PETALING: Sebutan kes permohonan cerai pelakon Nur Fazura Sharifuddin terhadap suaminya, pelakon Fattah Amin ditangguhkan ke 7 Oktober depan.
Peguam syarie mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata penangguhan ini bagi memberi ruang perbincangan yang dicadangkan oleh pihak peguam Fattah.
“Baru dapat cadangan, tak boleh baca dan belum sedia untuk berbincang dalam masa yang singkat. Kita tak boleh nak teruskan pada hari ini.
“Bukan proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada pagi ini, kita boleh selesaikan dengan cara baik tanpa perlu JKP.
“Cadangan itu tidak boleh dikongsi, kalau JKP Mahkamah sudah boleh teruskan tadi. Kita akan cuba selesai cara baik tanpa perlu proses JKP,” katanya.
Fakhrul berkata demikian ketika ditemui media di perkarangan lobi Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada pagi Rabu.
Jelasnya lagi, butiran cadangan tidak boleh didedahkan secara terperinci.
“Tarikh 7 Oktober kalau ada penyelesaian, kita akan teruskan dengan apa yang patut.
“Perbincangan itu untuk mencari jalan penyelesaian termasuk keputusan sama ada bercerai atau sebaliknya,” katanya.
Pasangan pelakon terkenal ini hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pagi ini bagi sebutan kes permohonan perceraian yang difailkan Fazura, dua minggu lalu.
Fazura, yang tiba di mahkamah kira-kira jam 9.25 pagi mengenakan jubah putih ditemani peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan bersama empat pengawal peribadi.
Topic Berkaitan
#Nur Fazura Sharifuddin
#Fattah Amin
#cerai
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan