awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semakin serius dalam lakonan, Nafiz Muaz berharap bakat diterima ramai

Gempak
Gempak
16/09/2019
05:30 MYT
Semakin serius dalam lakonan, Nafiz Muaz berharap bakat diterima ramai
Nafiz juga mahu menjayakan pelbagai watak yang dapat menguji kebolehan lakonannya. - Foto Instagram
PELAKON baru yang sedang meningkat naik, Nafiz Muaz berharap agar kehadirannya dalam bidang lakonan dapat diterima ramai.
Semakin serius dalam memacu kerjaya seninya, lakonan Nafiz boleh kita saksikan menerusi drama bersiri Cinta Belum Tamat Tempoh sebagai teraju utama.
"Alhamdulillah, ini penampilan sulung saya sebagai hero untuk slot Megadrama. Sebelum ini, tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk menjadi pelakon utama.
"Saya berharap agar lakonan saya diterima ramai dan mendapat respon positif peminat dunia hiburan. Saya menerima segala pandangan untuk memperbaiki lagi lakonan," katanya.
View this post on Instagram
Wow,,, rambut pacak! Dah takde jurai jurai! Not bad Radin, not bad! Malam ini CINTA BELUM TAMAT TEMPOH MULAI 9 SEPTEMBER 2019 SETIAP ISNIN-KHAMIS 10 MALAM HANYA DI ASTRO RIA DAN RIAHD Karya @rehalnuharis Arahan @khanmancung Dibarisi oleh @bellaastillah @nafizmuaz @fendybakry @hunhaqeem @dayangareeda @syuhaida.abraz @faeleafy @radin_era @sissyimann @lizza_abdullah @haleedamazlin #cintabelumtamattempoh #megadrama #astroria
A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on
Sep 12, 2019 at 1:30am PDT
Dalam pada itu, Nafiz juga mahu menjayakan pelbagai watak yang dapat menguji kebolehan lakonannya.
"Perjalanan saya baru sahaja bermula. Saya tak mahu leka dan ingin terus berusaha memperbaiki diri, lebih-lebih lagi dalam bidang lakonan.
"Kalau boleh, saya mahu menjayakan pelbagai watak dalam drama bersiri atau telefilem agar kebolehan lakonan saya dapat dikembangkan lagi," katanya.
Drama bersiri Cinta Belum Tamat Tempoh merupakan adaptasi dari novel judul sama tulisan Rehal Nuharis.
Diarahkan oleh Jamal Khan, drama bersiri ini bersiaran selama 16 episod bermula 9 September.
Selain Nafiz, drama bersiri ini turut dibintangi oleh Bella Astillah, Fendy Bakry, Hun Haqeem, Dayang Areeda, Syuhaida Abraz, Radin ERA dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Cinta Belum Tamat Tempoh yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Gunakan hashtag #CintaBelumTamatTempoh untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial anda!
Topic Berkaitan
#adaptasi dari novel
#Cinta Belum Tamat Tempoh
#hiburan
#Instagram
#Nafiz Muaz
#pelakon
#pelakon baharu
#pelakon berbakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan