awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isyarat awal “Super El Nino” timbul risiko cuaca melampau global
Harga MSM dijangka terus meningkat susulan mandat biodiesel, harga minyak tinggi - CIMB Securities
3 rakyat Malaysia ditahan, 97kg syabu dirampas dalam tren Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sering didoa berjodoh semula dengan bekas isteri, ini reaksi Sharnaaz Ahmad...

Gempak
Gempak
14/04/2023
02:00 MYT
Sering didoa berjodoh semula dengan bekas isteri,  ini reaksi Sharnaaz Ahmad...
Sharnaaz Ahmad meminta para peminat yang kerap menjodohkan dirinya kembali bersama bekas isteri, Noor Nabila, agar lebih sensitif dan menjaga batas memandangkan wanita tersebut masih berstatus isteri orang. - Gambar GEMPAK
AKTOR Sharnaaz Ahmad meminta para peminat atau warganet yang kerap ‘menjodohkan’ dirinya kembali bersama bekas isteri, Noor Nabila, agar lebih sensitif dan menjaga batas memandangkan wanita tersebut masih berstatus isteri orang.
Sharnaaz mengulas isu ‘jodoh’ tersebut selepas terdapat segelintir warganet terutama di aplikasi TikTok yang membuat kompilasi gambar lama mereka sewaktu masih bergelar pasangan suami dan isteri serta mesej-mesej mereka berdua.
Kata Sharnaaz, dia tidak berhak marah dengan doa baik yang telah dikirimkan banyak orang kepadanya, namun tetap mahu mengingatkan bahawa Nabila adalah isteri orang.
“Saya tidak berhak marah, malah saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Benda baik, orang doa yang baik, bukan minta saya pergi mati misalnya.
“Tapi, pada masa yang sama kita harus ingat. Dia masih isteri orang. Kena jaga sensitiviti dan perasaan suaminya juga. Jadi itulah pesanan saya buat semua,” katanya sewaktu ditemui media pada majlis pelancaran filem terbaharu lakonannya, Polis Evo 3.
Bagaimanapun, menurut bintang Polis Evo 3 yang memegang watak Reza itu lagi, sebagai duda kepada seorang anak lelaki, dia terbuka mengenai jodoh.
Namun pada usia 38 tahun, Sharnaaz mengaku malu untuk menghebahkan kisah cintanya.
“Ada, saya ada berkenalan dengan gadis, tapi bila sudah usia macam ni, rasa malu nak cerita.
“Cukuplah, saya pernah melaluinya dulu dengan pasangan sebelum ini. Sekarang ini, media boleh tanya orang yang lebih muda tentang hal sebegini (cinta),” katanya lagi. - Gempak
Topic Berkaitan
#Sharnaaz Ahmad
#Noor Nabila
#Noor Nabila dan Engku Emran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan