awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Saluran diplomasi kekal terbuka meskipun rundingan gagal - Kementerian Luar Iran
Lebih 2,000 maut sejak konflik tercetus di Lubnan – Kementerian Kesihatan
Perancis mulakan migrasi Windows ke Linux, perkukuh kedaulatan digital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siti Nurhaliza beri bayangan timang bayi perempuan?

Gempak
Gempak
26/11/2017
08:26 MYT
Siti Nurhaliza beri bayangan timang bayi perempuan?
Siti Nurhaliza seperti memberi bayangan bahawa beliau bakal menimang cahaya mata perempuan.
BUAT pertama kalinya penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mendedahkan video ketika melakukan imbasan ultrasound bayi dalam kandungannya.
Menerusi akaun Instagram (IG) beliau, pelantun lagu Cindai itu memuat naik video tersebut dan teruja memberitahu aksi anaknya 'sangat sopan' ketika imbasan dilakukan. "Alololo.. sopannya anak ibu .. macam siapa?? #alhamdullillah #anugerahterindah"
Video itu turut terdengar suara wanita dipercayai doktor yang melakukan imbasan tersebut.
Menurut doktor itu, bayi dalam kandungan Siti amat malu kerana sering menutup mukanya ketika imbasan dijalankan.
Doktor itu juga menggelarkan bayi Siti sebagai 'princess' (puteri).
"Hey, princess nowadays not very shy lah," kata doktor
'Princess' ? Adakah bayi dalam kandungan Siti berjantina perempuan?
Hingga kini penyanyi lagu Aku Cinta Pada Mu itu belum pernah mendedahkan jantina bayi dalam kandungannya.
Apa-apa pun sama-sama kita doakan agar bayi dalam kandungan Siti sihat dan selamat dilahirkan.
Alololo.. sopannya anak ibu .. macam siapa??
Topic Berkaitan
#anak
#bayi
#bayi perempuan
#CTDK
#imbasan
#Instagram
#kandungan
#princess
#Puteri
#Siti Nurhaliza
#Ultrasound
#video
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan