awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siti Nurhaliza mohon ruang untuk bersama suami

Astro Awani
Astro Awani
01/01/2013
04:35 MYT
Siti Nurhaliza mohon ruang untuk bersama suami
Isteri kepada Dato’ Seri Khalid (atau juga dikenali Datuk K) iaitu Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dalam kenyataannya hari ini menjelaskan bahawa beliau dan suami telahpun selamat pulang ke tanah air sejak 29 Disember lalu setelah lebih dua minggu berada di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand.
Sejak Khalid ditimpa kemalangan sewaktu menunggang motosikal berkuasa besar, Harley Davidson dan mendapat rawatan di Invercargill, pihak media khususnya sentiasa menanti perkembangan terkini daripada pihak keluarga mahupun Siti Nurhaliza sendiri.
“Saya berasa sangat bersyukur kehadrat Illahi kerana kondisi suami kala ini kembali pulih dan sedang mendapat rawatan fisioterapi di atas kecederaan tangan yg dialami beliau.“
Menurut Siti, memandangkan suaminya masih lagi mendapatkan rawatan akibat kemalangan tersebut, beliau akan menumpukan sepenuh perhatian untuk sentiasa berada di sisi suaminya.
“Saya dan keluarga sangat berharap agar diberikan ruang dan masa untuk menghadapi situasi ini sehingga Datuk K pulih. Saya memohon kemaafan kerana tidak dapat memenuhi permintaan media dan pihak-pihak lain yang mahu mendapatkan kenyataan secara langsung daripada saya ataupun menemui Dato’ Khalid sendiri.“
Khalid masih menjalani beberapa rawatan susulan pada masa ini dan dinasihatkan oleh pihak doktor untuk berehat serta mengehadkan kehadiran tetamu yang melawat hanya di kalangan keluarga terdekat sahaja.
Siti Nurhaliza sekeluarga mengucapkan terima kasih di atas doa dan keprihatinan semua pihak untuk Khalid segera pulih.
Khalid ditimpa kemalangan sewaktu menunggang motosikal berkuasa besar di Queenstown, New Zealand pada 13 Disember lalu.
Topic Berkaitan
#dato' khalid
#kemalangan
#New Zealand
#Siti Nurhaliza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan