awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SS Superstar: Kejayaan saya, rezeki anak-anak - Johan

Gempak
Gempak
08/10/2016
03:03 MYT
SS Superstar: Kejayaan saya, rezeki anak-anak - Johan
JOHAN: Ini merupakan rezeki yang telah ditentukan dan menggangap ia sebagai pekerjaan seorang pelawak. - Foto Astro Gempak
PELAWAK dan penyampai radio, Johan menganggap kejayaan menjuarai Super Spontan Superstar (SS Superstar) merupakan rezeki untuk anak-anaknya.
Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 32, berkata, sebagai seorang ketua keluarga dia harus mementingkan keluarga berbanding dirinya.
"Sebenarnya kejayaan ini merupakan rezeki yang lebih untuk anak-anak saya kerana sebagai seorang ayah saya harus memberi keutamaan kepada mereka dahulu berbanding dengan keperluan diri saya ini.
"Rezeki hasil kemenangan ini juga saya harus berkongsi dengan anak-anak, keluarga, dan para penyokong yang tidak pernah bosan menyokong kerjaya seni saya selama ini," katanya kepada Astro Gempak.
Ditanya mengenai ramalan kemenangannya, Johan berkata, ini merupakan rezeki yang telah ditentukan dan menggangap ia sebagai pekerjaan seorang pelawak.
"Ini merupakan pekerjaan saya sebagai seorang pelawak dan ia merupakan sumber pendapatan kepada keluarga saya selain daripada menjadi seorang penyampai radio.
"Saya buat benda yang biasa di buat iaitu menjadi pelawak kerana tidak mungkin saya akan menjadi seorang penyanyi melainkan menyanyi komedi," katanya.
Johan yang juga anggota kumpulan Monyet Mafia berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.
Manakala Naib Johan menjadi milik Abam sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.
Sementara Achey menduduki tempat ketiga yang turut membawa pulang wang tunai RM25,000 dan trofi.
Sementara Fad, Ozlyn, Tauke terpaksa berpuas hati berada di tempat keempat, kelima dan keenam serta membawa pulang wang tunai sebanyak RM 5,000.00 setiap seorang.
Topic Berkaitan
#Abam
#AC Mizal
#Afdlin Shauki.
#johan
#Monyet Mafia
#SS Supersatar
#super spontan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan