awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahap kesihatan semakin pulih, Mr Grey dibenarkan balik rumah

Gempak
Gempak
25/05/2018
09:25 MYT
Tahap kesihatan semakin pulih, Mr Grey dibenarkan balik rumah
Menurut pengurus kepada Fendy(gambar), Fadzil Zahari berkata keadaan pelakon itu semakin sihat dan perlu menjalani rawatan susulan selepas ini. - Gambar fail
Pelakon drama bersiri Mr Grey, Fendy Bakry dilaporkan semakin pulih selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Isnin lalu.
Menurut pengurus kepada Fendy, Fadzil Zahari berkata keadaan pelakon itu semakin sihat dan perlu menjalani rawatan susulan selepas ini.
"Saya ingin maklumkan Fendy sudah dibenarkan keluar hospital. Alhamdulillah dia kelihatan sihat, tapi perlu jalani rawatan susulan.
"InsyaAllah dia akan kembali aktif selepas Aidilfitri ini. Sama-sama kita doakan semoga Fendy kuat menempuh ujian ini dan diberi kesembuhan.
"Saya berharap semua pihak dapat memberi ruang serta privasi kepada Fendy ketika ini.
"Saya sebagai pengurus ingin memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi secara terperinci tahap kesihatannya bagi menghormati permintaan keluarga," katanya.
Isnin lalu Fendy diletakkan pada tahap Unit Rawatan Intensif (ICU) selepas doktor mendapati terdapat simptom 'pneumonia'.
Dia terpaksa direhatkan dengan bius serta dimasukkan oksigen sebagai alternatif pernafasan normal.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Fadzil Zahari
#Hospital Alor Setar
#ICU
#Mr Grey
#Unit Rawatan Intensif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan