awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Tak tinggal serumah, tapi..." - Isteri Ammar Alfian dedah situasi genting perkahwinan

Gempak
Gempak
26/07/2019
01:23 MYT
"Tak tinggal serumah, tapi..." - Isteri Ammar Alfian dedah situasi genting perkahwinan
Terdahulu, rumah tangga Nelissa dan Ammar dilaporkan berantakan setelah dia sendiri mendedahkannya kepada khalayak menerusi posting di Instagram. - Foto Instagram
ISTERI kepada pelakon sasa Ammar Alfian, Nelissa Nezam mendedahkan mereka kini sudah tidak tinggal serumah sejak Mei lalu.
Bagaimanapun jelas Nelissa, hubungan mereka masih sebagai suami isteri.
"Semua tahu apa yang berlaku antara kami berdua cuma sekarang saya mahu fokus dengan kandungan bayi saya yang akan dilahirkan tidak lama lagi.
"Kami sekarang sudah tidak tinggal bersama tetapi kami masih suami isteri.
"Tetapi kami akan menyelesaikan masalah ini selepas bayi kami dilahirkan nanti," katanya ketika ditemui pada Anugerah Stail EH! 2019 di Equatorial Plaza, Kuala Lumpur malam tadi.
Nelissa turut berkongsi keterujaannya menyambut kelahiran anak sulungnya dalam masa terdekat.
"Saya sangat teruja tetapi pada masa sama rasa gementar," tambahnya.
Maklum Nelissa yang baru mengadakan majlis baby shower minggu lalu, Ammar kini berada di Barcelona, Sepanyol.
Terdahulu, rumah tangga Nelissa dan Ammar dilaporkan berantakan setelah dia sendiri mendedahkannya kepada khalayak menerusi posting di Instagram.
Dakwa Nelissa ketika itu, suaminya ditangkap curang sewaktu dia sedang hamil enam bulan.
BACA: Isteri Dedah Kecurangan Ammar Alfian Ketika Sedang Hamil 6 Bulan?
BACA: "Saya Tahu Saya Salah" - Ammar Alfian Mengaku Curang
Ammar dan Nelissa mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.
Topic Berkaitan
#Ammar Alfian
#anak
#Instagram
#Nelissa Nezam
#pelakon
#perkahwinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan