awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarian poco-poco peserta Malaysia gamatkan The Voice UK

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
22/02/2016
15:14 MYT
Tarian poco-poco peserta Malaysia gamatkan The Voice UK
Jeffri (tengah) memilih lagu Valerie nyanyian Amy Winehouse untuk dipersembahkan dalam sesi ujibakat - Foto Facebook/Shah Mazhar
SESI uji bakat rancangan realiti nyanyian The Voice UK musim terbaharu digamatkan dengan peserta Malaysia yang menampilkan aksi istimewa selepas selesai menyanyi.
Jeffri Ramli, 35, yang menetap di Newcastle memilih lagu Valerie dendangan Amy Winehouse untuk dipersembahkan kepada para juri merangkap jurulatih.
Walaupun gagal menarik perhatian sebarang jurulatih untuk memilihnya, Jeffri tetap berjaya menghiburkan mereka dengan tarian poco-poco yang pada awalnya dicadangkan oleh salah seorang juri, will.i.am yang juga merupakan penerbit terkemuka dunia dan salah seorang anggota kumpulan Black Eyed Peas.
“Adakah anda tahu tarian tradisional Malaysia yang ini?” soal will.i.am sambil menggayakan tarian poco-poco.
Jeffri mengenal pasti tarian tersebut dan mengajak semua juri menari bersamanya di pentas.
Bagaimanapun, Jeffri sempat memberitahu bahawa tarian itu berasal dari Indonesia.
Video ujibakat Jeffri dikongsi di Facebook dan setakat ini telah meraih lebih 300 ribu tontonan.
Selain will.i.am, The Voice UK musim kelima menampilkan vokalis Kaiser Chiefs Ricky Wilson, penyanyi soul Paloma Faith, dan lagenda pop Boy George sebagai jurulatih.
Jeffri Ramli, 35, blind audition The Voice UK season 5. Part poco2 tu kelakar.
Posted by Shah Mazhar
Topic Berkaitan
#Jeffri Ramli The Voice UK
#The Voice
#video Jeffri Ramli The Voice UK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan