awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teater muzikal SuperMokh kembali ke IB September depan

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
18/06/2014
04:05 MYT
Teater muzikal SuperMokh kembali ke IB September depan
Pernah mencatatkan 17 persembahan sold out pada pementasannya yang pertama November tahun lepas
Di atas permintaan ramai, teater muzikal SuperMokh yang menceritakan kisah hidup ikon bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari bakal dipentaskan semula.
Teater yang diberi nama ‘SUPERMOKH Sebuah Muzikal Restaging’ akan dipentaskan pada 8 hingga 12 September 2014 di Istana Budaya.
Pernah mencatatkan 17 persembahan ‘sold out’ pada pementasannya yang pertama November tahun lepas, kali ini pengarahnya Hans Isaac akan bekerjasama dengan Harith Iskander dalam mengarahkan teater ini.
supermokh
supermokh
Tenaga produksi teater muzikal Supermokh bersama penaja rasmi pementasan tersebut
Teater muzikal ini diteraju oleh Awie yang memegang watak Mokhtar dan Maya Karin sebagai Tengku Zarina.
Persembahan turut dibantu watak-watak lain yang digalas bintang terkenal seperti Rashidi Ishak, Douglas Lim, Dina Nadzir, Radhi Khalid, Phoon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna.
Susunan lagu bertaraf antarabangsa di dalam muzikal ini dicipta oleh pengarah muziknya, Michael Veerapen d dengan seni kata oleh Adlin Aman Ramli serta seni tari yang dicipta oleh Adzwadi Saini.
supermokh
supermokh
Dalam autobiografi muzikal ini, Awie menggalas peranan utama selaku pemain bola sepak negara, Datuk Mokhtar Dahari.
Mokhtar, yang digelar SuperMokh, mula bermain untuk pasukan kebangsaan seawal usia 19 tahun.
Mengidap penyakit saraf, Mokhtar meninggal dunia pada Julai 1991 semasa berusia 37 tahun.
Teater muzikal ini bakal menyingkap perjalanan hidup Mokhtar sebagai seorang suami, bapa, rakan dan hero negara.
Teater yang menelan belanja RM3 juta ini bakal menarik minat ramai anak muda Malaysia yang tidak pernah berpeluang mengenali dan melihat SuperMokh beraksi.
Tiket boleh didapati di www.ticket2u.biz pada harga:
Persembahan Malam (8.30pm): RM46, RM96, RM106, RM126, RM166, RM236 Persembahan Matinee (3.00pm): RM38, RM78, RM86, RM102, RM134, RM190, RM246
Pelanggan CIMB akan menerima potongan harga istimewa :
Kad Kredit dan Debit CIMB - Diskaun 10% untuk kesemua harga Kad Kredit Preferred Infinite CIMB - Diskaun 15% untuk tiket berharga dari RM166 ke RM306
Topic Berkaitan
#Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari
#Awie
#Maya Karin
#SUPERMOKH Sebuah Muzikal Restaging
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan