awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Terpaksa keluar pawagam dan terus...' - Zul Ariffin mohon maaf, digegaskan ke hospital

Gempak
Gempak
09/03/2019
05:02 MYT
'Terpaksa keluar pawagam dan terus...' - Zul Ariffin mohon maaf, digegaskan ke hospital
Disebabkan kes kecemasan itu juga, Zul memohon maaf kepada peminat di Indonesia kerana tidak sempat bertemu mereka. - Foto: Instagram @zul_ariffin
PELAKON, Zul Ariffin dikejarkan ke hospital dipertengahan majlis malam gala filem Misteri Dilaila yang berlangsung di Jakarta, Indonesia semalam.
Disebabkan kes kecemasan itu juga, Zul memohon maaf kepada peminat di Indonesia kerana tidak sempat bertemu mereka.
Zul memaklumkan perkara itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.
View this post on Instagram
Again...4x in 1 month
Menurut Zul ini merupakan kali keempat dia digegaskan ke hospital dalam masa sebulan.
“Terpaksa keluar daripada pawagam dan terus ke hospital… Kepada peminat dari Jakarta yang hadir ke premiere tadi, saya tak dapat nak berjumpa dan bergambar selepas tamat film, saya minta maaf....” tulisnya.
View this post on Instagram
Terpaksa keluar daripada pawagam dan terus ke hospital..kepada peminat dari Jakarta yg hadir ke premiere tadi, saya tak dapat nak berjumpa dan bergambar selepas tamat film, saya minta maaf....
A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on
Mar 8, 2019 at 6:59am PST
BACA: Misteri Dilaila kaut RM8.8 juta selepas 11 hari tayangan
Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, rata-rata peminatnya meminta pelakon utama Misteri Dilaila itu mendapatkan rehat secukupnya terlebih dahulu selain mendoakan kesembuhannya.
“Hopefully recover soon ya @zul_ariffin & rest utamakan kasihatan tu Innshaallah rezeki tetap ada,” komen @tinaree.sulai
“Kami senantiasa doakan yang terbaik untuk abang. Cepat sehat,” tulis @mahdia_liyani
“Syafakallah bang @zul_ariffin, Laa basa thohurun Insya-Allah. Abang kita nih kecapekan kerja keras trus, moga sukses selalu bang @zul_ariffin. Aamiin,” coret @ridha.ridut
Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser.
Malam pertama disana, Jefri diganggu dengan kejadian aneh. Keesokannya, Jefri mendapati Isterinya hilang.
Imam Aziz (Namron) muncul dengan berita gembira. Dia memberitahu, isterinya sudah ditemui dalam keadaan selamat. Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz bukan isterinya.
Wanita itu mengakui dirinya Dilaila. Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi berkenaan. Mampukah Jefri merungkai misteri kehilangan isterinya.
Topic Berkaitan
#dikejarkan ke hospital
#Elizabeth Tan
#filem
#Hospital
#Instagram
#kecemasan
#Misteri Dilaila
#Zul Ariffin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan