awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tetap bekerja walaupun sakit, peminat doakan Fasha Sandha cepat sembuh

Gempak
Gempak
06/01/2018
09:32 MYT
Tetap bekerja walaupun sakit, peminat doakan Fasha Sandha cepat sembuh
Biarpun sedang sakit, Fasha tetap meneruskan tugasnya sebagai penerbit dan pelakon untuk sitkom terbaru, "Mamu Mami Gosip" terbitan FS Creatives Sdn Bhd.
AKTRES Fasha Sandha sememangnya dikenali dengan komitmen dan disiplin tinggi dalam bidang lakonan.
Terbaru, menerusi laman Instagram Fasha, @fashasandha, pelakon utama drama rantaian "Syurga Yang Kedua" ini berkongsi mengenai keadaan kesihatan dirinya.
Biarpun sedang sakit, Fasha tetap meneruskan tugasnya sebagai penerbit dan pelakon untuk sitkom terbaru, "Mamu Mami Gosip" terbitan FS Creatives Sdn Bhd.
“Production sendiri ke, production orang ke, komitmen tetap kena bagi yang terbaik. Itu adalah tanggungjawab,” tulis Fasha.
Kapsyen tersebut turut disertakan dengan hashtag #MamuMamiGosip #FSCreativesSdnBhd #NoMakeUp #MukaSakit.
Di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2017 segera sembuh.
Peminat turut memuji Fasha yang sanggup menahan rasa sakit yang dihadapi olehnya demi komitmen kerja.
“@pird4: Take a good care of your health sis. Risau kita. Get well soon.”
“@hafiz_4606: Mungkin pergi kerja dapat hilangkan rasa sakit buat seketika.”
“@puteri_zandra: Hope sis dapat jaga waktu makan. Sesibuk mana pun jangan sampai lupa waktu makan.”
“@diyana.beautygeek: Itulah yang orang suka.”
“@lovepotion.lilly: Kesiannya. Tapi tetap cantik.”
Sebelum ini, di ruangan Insta Stories, Fasha turut berkongsi dirinya telah mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Fasha turut diberi cuti sakit (MC) selama tiga hari namun pelakon itu mahu meneruskan komitmen kerjanya.
Teks oleh: Kamaruddin Razal Foto: Instagram Fasha
Production sendiri ke production orang ke, komitmen tetap kena bagi yang terbaik. Itu adalah tanggungjawab. . . . #mamimamugossip #fscreativesdnbhd #nomakeup #mukasakit
A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
Jan 4, 2018 at 11:26pm PST
Topic Berkaitan
#bidang lakonan
#Fasha Sandha
#fashasandha
#FS Creatives
#Instagram Fasha
#Mamu Mami Gosip
#Pusat Perubatan Prince Court
#Syurga Yang Kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan