awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada tarikh ditetapkan buat tayangan Mulan

Agensi
Agensi
24/07/2020
01:45 MYT
Tiada tarikh ditetapkan buat tayangan Mulan
Terkini, tiada tarikh tayangan ditetapkan buat filem aksi sebenar yang dibintangi Liu Yifei, Yoson An dan Jet Li ini. - Gambar fail
FILEM 'live-action' Mulan ditarik daripada kalendar tayangan filem Disney ekoran pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Sebelum ini, filem arahan Niki Caro itu dijadual ditayangkan pada Mac namun telah ditangguhkan ke Julai, dan akhirnya pada 21 Ogos.
Terkini, tiada tarikh tayangan ditetapkan buat filem aksi sebenar itu yang dibintangi Liu Yifei, Yoson An dan Jet Li.
Memetik laporan The Hollywood Reporter, Disney bagaimanapun tidak memberi sebarang penjelasan berhubung keputusan untuk menayangkan Mulan.
Langkah ini membimbangkan pihak industri pawagam yang bergantung kepada tayangan Mulan serta filem arahan Christopher Nolan, Tenet untuk melonjakkan jualan tiket apabila dibuka semula.
Selain Mulan, tarikh tayangan beberapa filem terbitan Disney turut ditangguhkan, termasuk Avatar dan Star Wars, masing-masing sehingga ke 2022 dan 2023.
“Tiada siapa yang lebih kecewa dengan penangguhan ini daripada saya,” kongsi pengarah Avatar James Cameron menerusi satu muat naik di Instagram.
“Apa yang anda tidak tahu adalah, pandemik ini masih menghalang kami daripada memulakan semula kerja produksi secara maya di Los Angeles.
“Kerja-kerja untuk produksi maya sama pentingnya seperti kerja-kerja untuk filem aksi sebenar,” jelas beliau.
View this post on Instagram
A message from James Cameron. Irayo, Na'vi Nation. Stay safe.
Topic Berkaitan
#Avatar
#Christopher Nolan
#COVID-19
#Disney
#filem
#Liu Yifei
#Mulan
#pandemik
#Star Wars
#Tenet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan