awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan Sam gantung vape di leher dikesali penganjur ABPBH

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
14/11/2020
09:24 MYT
Tindakan Sam gantung vape di leher dikesali penganjur ABPBH
Sam tampil dalam majlis ABPBH untuk mengumumkan pemenang bagi kategori Artis Baharu Wanita Popular, Artis Baharu Lelaki Popular serta Artis Kolaborasi/Duet/Berkumpulan Popular.
KUALA LUMPUR:Penganjur Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kesal dengan tindakan pelakon, Shaheizy Sam yang menggantung rokok elektronik (e-rokok) atau vape pada leher ketika mengumumkan pemenang pada malam acara itu malam tadi.
Portal Berita Harian melaporkan, semua artis yang terlibat pada malam itu telah diberi penerangan mengenai tata susila dan etika berpakaian bukan sahaja ketika menghadiri majlis malah ketika menjadi penyampai trofi.
"Adalah menjadi tanggungjawab setiap artis untuk memastikan tingkah laku mereka tidak mendatangkan persepsi negatif kepada acara yang dihadiri sekali gus boleh menjejaskan imej artis-artis lain serta industri hiburan secara am," kata penganjur acara itu.
BACA : "Maafkan saya, ini kecuaian sendiri" - Sam mengaku silap gantung vape di leher
Memetik jurucakap penganjur, tidak kira apa alasan yang diberikan, Sam yang pernah memenangi gelaran Bintang Paling Popular ABPBH sebanyak tiga kali iaitu pada edisi 2010, 2012 dan 2014 dan sebagai artis berpengalaman, dia sepatutnya lebih peka dalam menghormati pihak penganjur, artis-artis lain dan industri hiburan serta penonton di rumah.
"Penganjur sudah berkerja keras untuk memastikan acara lancar serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), malangnya insiden ini mencalarkan kredibiliti ABPBH 33," kata penganjur acara itu yang kesal dengan tindakan pelakon berkenaan.
Tindakan Sam menggantung vape di leher turut mendapat perhatian pertubuhan Public Health Malaysia yang mempersoalkan bagaimana perkara tersebut boleh dilepaskan untuk tayangan umum di televisyen.
Sedih melihat budaya buruk dipromosikan sebegini. Bukan tak ada ahli produksi yang boleh menyaring penampilan selebriti sebelum live di kaca tv Usah sembang mengenai pematuhan SOP jika promosi vape sebegini pun boleh lepas dalam tayangan live dalam TV.https://t.co/92iJeE3O4l pic.twitter.com/8HYcxjZFRc
— Public Health Malaysia (@health_malaysia) November 13, 2020
Sam tampil dalam majlis ABPBH untuk mengumumkan pemenang bagi kategori Artis Baharu Wanita Popular, Artis Baharu Lelaki Popular serta Artis Kolaborasi/Duet/Berkumpulan Popular di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Topic Berkaitan
#ABPBH
#Shaheizy Sam
#vape
#Bukit Jalil
#hiburan
#Malaysia
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan