awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trailer terbaru filem 'remake' Point Break papar babak aksi tanpa kesudahan

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
19/09/2015
06:56 MYT
Trailer terbaru filem 'remake' Point Break papar babak aksi tanpa kesudahan
Berdasarkan trailer kedua, penghasilan semula filem Point Break sudah pasti menarik perhatian penonton dengan paparan aksi yang hebat dan mencabar.
Berdasarkan trailer kedua yang dikeluarkan oleh Warner Bros. Pictures pada Khamis lalu, penghasilan semula filem ‘Point Break’ sudah pasti menarik perhatian penonton dengan paparan aksi yang hebat dan mencabar seperti penggunaan motosikal berkuasa tinggi, luncur udara serta luncur salji.
Menurut portal Digital Trends, filem ‘Point Break’ versi baru ini akan dibintangi pelakon Luke Bracey sebagai Johnny Utah yang akan memainkan peranan sebagai seorang pegawai FBI.
Johnny akan ditugaskan untuk menyusup dalam sebuah kumpulan penjenayah yang bertanggungjawab dalam satu siri rompakan. Watak ketua kumpulan itu akan dimainkan oleh pelakon filem The Bourne Ultimatum dan Wrath of the Titans, Edgar Ramirez.
Bersama-sama dengan Bracey dan Ramirez, filem itu akan turut dibintangi oleh pelakon Ray Winstone (The Departed), Teresa Palmer (Warm Bodies), dan Delroy Lindo (Gone in Sixty Seconds).
Pelakon James Le Gros yang memainkan watak antagonist dalam filem asal ‘Point Break’ pada tahun 1991, akan membuat penampilan sebagai seorang pegawai FBI dalam filem remake ini.
Filem pembikinan semula atau remake itu diarahkan oleh penerbit filem Invincible, Ericson Core.
Filem asal ‘Point Break’ yang diarahkan oleh Kathryn Bigelow berjaya mengaut kutipan lebih dari AS$83 juta apabila ia ditayangkan di pawagam pada tahun 1991.
Point Break dijangka akan menemui penonton di pawagam pada 25 Disember 2015.
Topic Berkaitan
#filem
#Point Break
#remake
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan