awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Treler filem Psiko: Thief of Hearts disebarkan

Astro Awani
Astro Awani
23/02/2013
11:09 MYT
Treler filem Psiko: Thief of Hearts disebarkan
Treler berdurasi 1 minit 43 saat filem Psiko: Pencuri Hati dimuat naik ke laman YouTube. Filem arahan Nam Ron itu akan membongkar sejauh manakah satu penyelidikan dibuat untuk menulis sebuah novel tentang pembunuhan bersiri.
Adakah seseorang penulis perlu berfikir seperti seorang pembunuh bersiri? Atau adakah mereka perlu mencari emosi dan kemahiran sebagai pembunuh bersiri untuk memastikan watak anda berhasil direalisasikan di atas kertas?
Bersandarkan filem Psiko: Pencuri Hati (Psycho: Thief of Hearts), persoalan ini dibongkar menggunakan Sidi selaku watak utama, seorang penulis yang kacau jiwanya dan sentiasa berada dalam perjuangan berterusan dengan dirinya sendiri. Dalam waktu yang sama, dia sedang melakukan penyelidikan untuk novel terbarunya.
Sidi yang dilakonkan oleh Bront Palarae ditemani sahabat baiknya, Man yang sentiasa menyokong kerjaya dan merangka jalan ceritanya untuk menjadi penulis terbaik. Sidi melakukan penyelidikan terhadap seorang pembunuh bersiri yang masih bebas di Kuala Lumpur.
Digelar Thief of Hearts, pembunuh bersiri itu akan membelah dada mangsa dan mengambil jantungnya. Sidi berusaha untuk menyelami konflik dalam diri pembunuh bersiri itu dalam usahanya untuk menjadi watak utama dalam novel terbarunya.
Filem arahan Nam Ron itu turut dibintangi pelakon Sharifah Amani, Syed Hussein, Amerul Affendi, Shera Aiyob dan ramai lagi.
Tarikh tayangan filem tersebut masih belum diumumkan.
Topic Berkaitan
#Bront Palarae
#filem
#psiko pencuri hati
#psycho thief of hearts
#Sharifah Amani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan