awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan kaji semula pelaksanaan cukai karbon di tengah-tengah tekanan geopolitik - Arthur
16 cedera, bekas pelajar lepas lepas tembakan di sekolah di Turki
Suspek serang kediaman CEO OpenAI didakwa atas pertuduhan cubaan membunuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunjuk wajah isteri muda, Abang Tesla bawa kedua-dua isteri tunai umrah bersama

Gempak
Gempak
06/09/2023
04:00 MYT
Tunjuk wajah isteri muda, Abang Tesla bawa kedua-dua isteri tunai umrah bersama
Foto dimuat naik Abang Tesla yang menunjukkan dia bersama kedua-dua isterinya di lapangan terbang untuk berangkat ke Turki dan kemudian mengerjakan umrah. -Gempak
BUAT pertama kalinya, TikToker penuh kontroversi Abang Tesla atau nama sebenarnya Mohammad Khaliltizam Yusri, 28, mendedahkan wajah isteri keduanya Nursyafiqa Mohd Hanafi, 22, di media sosial.
Abang Tesla bukan sahaja memuat naik foto isteri kedua, malah dalam sekeping foto yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya, dia memuat naik foto bertiga bersama isteri pertama, Nurmajdina Jamari, 28.
Menerusi hantaran berkenaan, Abang Tesla memberitahu mereka bakal berangkat ke Turki dan kemudian mengerjakan umrah bersama.
“Our first trip together Turkey and Umrah,” tulisnya dalam kapsyen.
Hantaran itu mendapat perhatian pengikutnya yang pertama kali melihat wajah isteri keduanya.
“Nampak bini pertama lagi cantik pula. Seperti cantik hatinya,” komen seorang netizen.
“Bila macam ni tiba-tiba bini pertama lagi lawa,” puji seorang warga maya.
“I am so happy to see this. Selagi kamu adil abaikan apa orang kata. Netizen stop kecam isteri nombor dua,” nasihat seorang warganet.
Terdahulu, nama Abang Tesla mula menjadi tular apabila dia memuat naik video isteri pertama menangis dalam pelukannya selepas solat subuh iaitu sebelum dia bernikah dengan isteri kedua.
Abang Tesla mendapat kecaman kerana didakwa sengaja menjadikan ia sebagai ‘content’. -Gempak
Topic Berkaitan
#Abang Tesla
#Nurmajdina Jamari
#isteri kedua
#poligami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan