awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Walaupun 'blonde', dia tak bodoh" - Didie Alias puji peguam

Gempak
Gempak
04/10/2018
08:59 MYT
"Walaupun 'blonde', dia tak bodoh" - Didie Alias puji peguam
Didie atau nama sebenarnya Fadzillah Mohd @ Ali tahun lalu telah menerima tiga tuntutan mahkamah daripada pelakon dan juga pengarah, Datuk Rafiena Ezanee Ramli. - Instagram Didie Alias
SELEPAS pengacara dan pelakon Didie Alias diputuskan menang kes mahkamah, rakan-rakan industri turut mengucapkan rasa syukur dan memberi ucapan tahniah.
Didie atau nama sebenarnya Fadzillah Mohd @ Ali tahun lalu telah menerima tiga tuntutan mahkamah daripada pelakon dan juga pengarah, Datuk Rafiena Ezanee Ramli berkaitan hasil kerjanya selaku penerbit eksekutif bagi drama Syurgaku Tak Sempurna.
Bagaimanapun menurut Didie, dia telah berbincang dengan Rafiena secara baik agar kes itu diselesaikan luar mahkamah namun ditolak penerbit drama tersebut.
Dua hari lalu, Didie telah berkongsi rasa gembira di laman social Instagram (IG), sebaik sahaja tuntutan mahkamah yang dibuat terhadapnya telah diputuskan gagal oleh pihak mahkamah.
View this post on Instagram
Syukur Alhamdullillah Ya Allah... Kebenaran Terbukti. Tuntutan saman Rafiena dan Syarikatnya terhadap mummy telah diputuskan GAGAL oleh Mahkamah. #ALLAHMAHAADIL
“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang menyokong dan tidak putus-putus memberikan semangat kepada saya selama ini.
“Rakan-rakan artis yang mendoakan saya selama ini, tidak ada apa yang boleh saya ucapkan selain daripada terima kasih,” katanya terharu.
Tambah Didie lagi, dia akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat untuk menjelaskan tentang perkara tersebut.
Topic Berkaitan
#Didie Alias
#Instagram
#mahkamah
#peguam blonde
#pelakon
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan