awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wow! lebih 1,500 orang sertai uji bakat Polis Evo 2

Gempak
Gempak
11/02/2017
12:38 MYT
Wow! lebih 1,500 orang sertai uji bakat Polis Evo 2
Uji bakat yang berlangsung selama lima hari bermula 28 Januari hingga 1 Februari lalu telah memberi peluang kepada orang ramai untuk menunjukan bakat lakonan mereka.
SERAMAI lebih 1,500 orang hadir untuk mencuba nasib menyertai ujibakat pencarian pelakon tambahan dalam filem terbaharu Polis Evo 2.
Uji bakat yang berlangsung selama lima hari bermula 28 Januari hingga 1 Februari lalu telah memberi peluang kepada orang ramai untuk menunjukan bakat lakonan mereka.
Mereka juga tidak melepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pelakon tambahan dalam sekuel kepada filem aksi terbesar di Malaysia ini.
Ternyata filem yang mendapat kutipan box office sebanyak RM17.47 juta pada tahun 2015 ini telah memberi impak kepada penonton sehingga mereka sanggup beratur panjang pada pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang untuk menunggu giliran di uji bakat.
Uji bakat yang diadakan di Taman Ukay Perdana, Ampang, ini dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Pelakon utama Polis Evo, Shaheizy Sam juga sempat meluangkan masa pada hari kelima uji bakat yang diadakan itu untuk memberi kata-kata semangat kepada mereka yang hadir.
Topic Berkaitan
#Polis Evo 2
#Shaheizy Sam
#Uji bakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan