awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran hentikan trafik kapal tangki di Selat Hormuz susulan serangan Israel ke atas Lubnan
100 lokasi di Lubnan jadi sasaran Israel dalam tempoh 10 minit
Konflik Asia Barat: TikTok diminta perjelas kesan krisis tenaga dan geopolitik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zaibo hidap kanser esofagus Tahap 4: 'Saya masih OK, kuat tetapi...'

Gempak
Gempak
08/11/2018
12:00 MYT
Zaibo hidap kanser esofagus Tahap 4: 'Saya masih OK, kuat tetapi...'
Zaibo perlukan rehat yang secukupnya untuk membantu mempercepatkan proses pemulihan. - Astro Gempak
PELAKON Zaibo yang disahkan menghidap kanser esofagus tahap empat akui keadaannya kini masih baik dan sedang berehat di kampung halaman isterinya di Rengit, Johor.
Zaibo atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abd. Hamid, 62, itu berkata dia masih boleh menguruskan dirinya.
“Saya masih OK, kuat.... tetapi kena berehat lebih sikit selepas menjalani rawatan dan harap semua jangan risau,” katanya.
Semalam, tular beberapa keping gambar Zaibo terlantar sakit dan seolah-olah kelihatan tidak bermaya sehingga mengecewakan pelakon yang popular dengan watak Pak Selamat dalam sitkom Spanar Jaya itu.
Zaibo berkata, gambar tersebut diambil kira-kira sebulan lalu dan kini beliau beransur pulih setelah menjalani sesi rawatan, namun tidak mahu gambarnya dirakam pada masa ini.
Topic Berkaitan
#artis
#barah
#kesihatan
#lanser
#pelakon
#pelawak
#Zaibo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan